December 18th, 2018

Penyanyi Sufie Rashid meluahkan rasa kecewa dengan tindakan ibunya, Irma Suriana Mahamud yang terus ‘menyerang’ dan terlalu lantang bersuara mengenai pertunangannya sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi. Mungkin apa yang berlaku kepadanya kini adalah salah satu ujian dari Allah SWT untuknya.

Menurut Sufie,  bapanya merupakan sumber kekuatannya selama ini untuk mengharungi setiap cabaran dalam hidup.

Terdahulu, Irma menerusi akaun Facebooknya memberitahu majlis pertunangan itu berlangsung tanpa persetujuannya dan tidak pernah menghantar wakil untuk merisik.  Irma turut mendakwa tunang Sufie yang mengatur majlis tersebut bagi meraih perhatian. Irma juga berkata beliau sudah bersedia untuk mendedahkan perkara sebenar kepada pihak media beserta bukti kukuh. Segala pembohongan akan terbongkar.

Berita mengenai majlis ini sepatutnya menggembirakan tetapi sebaliknya menjadi penuh kontroversi. Semakin hangat nampaknya isu ini dengan pelbagai drama. Apa agaknya perkara besar yang bakal didedahkan?

Sumber Berita : mStar Online

Kredit Foto : Aqo Imran

December 18th, 2018

Penyanyi Sufie Rashid pada hari Sabtu lalu telah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Nurulain Md Yusof selepas dua tahun menyulam cinta dalam sebuah majlis yang sederhana di Senawang, Negeri Sembilan.

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, namun ramai yang tertanya mengapa ibu Sufie mahupun adik beradiknya tidak hadir ke majlis tersebut.

Menerusi akaun Facebook ibunya iaitu Irma Suriana Mahamud, beliau ada memuat naik kenyataan seakan tidak merestui pertunangan anaknya itu. Eh kenapa pula?

Irma turut mengatakan beliau tidak rela dengan pihak yang sengaja ingin mengambil kesempatan dan mempermainkan  anak lelakinya itu. Status tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi.

Tidak pasti status itu ditujukan kepada siapa, tetapi rata-rata netizen mempercayai ia berkaitan dengan bakal isteri Sufie itu.

Kata orang, kalau hendak berkahwin, restu ibu bapa itu penting agar rumah tangga yang dibina nanti harmoni. Apa-apa pun, kami harap mereka sekeluarga dapat bertemu empat mata dan cuba menyelesaikan segala masalah dengan baik.

Sumber Berita : Facebook Irma Suriana Mahamud

Kredit Foto : Aqo Imran