Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ibu Tidak Restu Sufie Rashid Bertunang?

Penyanyi Sufie Rashid pada hari Sabtu lalu telah mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan, Nurulain Md Yusof selepas dua tahun menyulam cinta dalam sebuah majlis yang sederhana di Senawang, Negeri Sembilan.

Advertisement

Majlis tersebut hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, namun ramai yang tertanya mengapa ibu Sufie mahupun adik beradiknya tidak hadir ke majlis tersebut.

Menerusi akaun Facebook ibunya iaitu Irma Suriana Mahamud, beliau ada memuat naik kenyataan seakan tidak merestui pertunangan anaknya itu. Eh kenapa pula?

Irma turut mengatakan beliau tidak rela dengan pihak yang sengaja ingin mengambil kesempatan dan mempermainkan  anak lelakinya itu. Status tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi.

Tidak pasti status itu ditujukan kepada siapa, tetapi rata-rata netizen mempercayai ia berkaitan dengan bakal isteri Sufie itu.

Advertisement

Kata orang, kalau hendak berkahwin, restu ibu bapa itu penting agar rumah tangga yang dibina nanti harmoni. Apa-apa pun, kami harap mereka sekeluarga dapat bertemu empat mata dan cuba menyelesaikan segala masalah dengan baik.

Sumber Berita : Facebook Irma Suriana Mahamud

Kredit Foto : Aqo Imran

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

97 Comments

  1. makcik bawang

    January 3, 2019 at 10:13 am

    utk sufi, xyah layan lah mak kaw ni,,,dia sibuk nk acah2 cita pasal akhlak,, dia sendiri takde akhlak, canang cite dlm kain kepada umum, kalau org yg berakhlak dia xkn bertindak mcmtu mengaibkan anak2 kepada khalayak ramai, patut pon la bapak kaw ceraikan dia mulut nauzubillah, dh tua Bangka masih bersikap mengalahkan makcik bawang, nnt esok2 dia dh penat senyap lah tu, kaw didik lah bakal isteri ke jalan yg benar dan diredhai tunjukkan pada mak kaw tu…

  2. Anonymous

    December 29, 2018 at 10:19 pm

    X femes pn sufi ni..ape lagu die?

  3. euwww makcik

    December 20, 2018 at 10:29 pm

    girl…run away now! hazab oi mulut mak mertua cmni. mkn hati berulam jantung kau nnti. boleh bercerai berai dibuatnya.
    makcik, bw2 mengucap. dah tua kot. ajar ank2 pmpn u dulu b4 ajar ank org lain.

  4. Anonymous

    December 19, 2018 at 6:45 pm

    Duk kecam mak dia.. ramai tak tahu knp mak dia xsuka betina sundal tu. ada SEBAB. tp ramai yg xtahu xkena pada batang hidung sendiri boleh la.. dia yg tanggung sufi? gelak aku baca haha

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top