September 24th, 2013

Alhamdulillah. Lega hati Abang Nara mendengar pengakuan Farid Kamil ini. Umum mengetahui bahawa hubungan Farid Kamil dengan ibu mertua adalah tidak berapa baik. Malah sehingga ke hari ini, ibu Diana Danielle masih belum bertemu dengan cucunya. Namun segalanya itu bakal berubah tidak lama lagi.
farid kamilDi dalam majlis akikah dan pengumuman nama penuh anaknya nanti, Farid Kamil akan menjemput ibu mertuanya untuk menjernihkan kembali hubungan antara mereka bertiga. Kata Farid Kamil kepada MalaysianDigest:-

Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia (ibu mertua) sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula. Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami

ibu diana danielleBaguslah macam itu. Ibu mertua memang wajib dilayan seperti ibu kandung. Gaduh lama-lama pun tak guna. Kesian dekat anak nanti tak dapat kasih sayang seorang nenek. Tidak diketahui pula bilakah majlis ini akan berlangsung, namun Abang Nara harap hubungan mereka akan kembali jernih sejernih-jernihnya selepas itu. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Terima kasih kepada Facebook, kereta yang dicuri ditemui semula

June 13th, 2013

Untuk anda yang tidak tahu, baru-baru ini Farid Kamil telah mengeluarkan beberapa status Twitter yang seolah-olah ditujukan kepada ibu mertuanya. Antara status tersebut, Farid menyatakan yang dia sudah 4 tahun bersabar dengan kerenah ibu Diana Danielle.  Ternyata apa yang diperkatakan oleh Farid membuatkan ramai orang terkejut..

ibu diana danielle

Ibu Diana Danielle, Norsiah Ramli yang ditemui oleh Harian Metro hari ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang diperkatakan oleh menantunya. Kata Norsiah:-

Biarlah dia (Farid) nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik-baik untuk mereka, itu saja yang saya mampu lakukan. Selepas saya baca di sebuah blog, baru saya tahu (kenyataan Farid). Biarlah dia (Farid) yang nak petik. Saya okay saja.

ibu diana danielle

Abang Nara daripada dulu lagi kurang bersetuju dengan tindakan sesetengah manusia yang menggunakan media sosial untuk bercerita mengenai masalah rumahtangga. Diharap kemelut antara Farid Kamil dan ibu mertuanya dapat diselesaikan. Insya-Allah dengan kehadiran anak Farid kelak, Abang Nara dapat rasakan semua masalah akan berjaya ditangani. Sama-sama kita doakan.

ibu diana danielleP.S: Banyak sangat supplement di luar sana yang tidak mempunyai lesen daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan Ephyra, anda tidak perlu risau. Ephyra bukan sahaja terbukti dalam memberikan kecergasan pada badan tetapi ia juga halal dan lulus KKM. Untuk tempahan dan pertanyaan, anda boleh LIKE Facebook Ocean2U, layari www.oceanlife2u.com, email ke [email protected] atau telefon terus ke 03-4141-7889.