September 1st, 2015

Beberapa hari lepas, khabar angin berterbangan mengatakan hubungan cinta Qi Razali dan Nelydia Senrose sudah berkahir apabila Qi memuat naik status di Twitter yang memberi bayangan bahawa hubungan mereka bermasalah.

Sudah menjadi berita hangat dan viral di Internet, Qi menjelaskan beliau dan Nelydia masih lagi kekal sebagai pasangan kekasih dan meminta agar tiada lagi pihak yang memanjangkan isu berkenaan.

Hahaha… jujurnya kami okey saja. Status di Twitter itu hanyalah kata-kata biasa sahaja. Tiada kaitan dengan hubungan kami. Saya harap tweet tersebut tidak dispekulasikan.

Gosip mereka telah berpisah sama sekali tidak memberikan sebarang kesan kepada pasangan tersebut. Qi dan Nelydia masih lagi menjalani kehidupan seperti biasa serta menghargai setiap detik indah dalam hubungan mereka.

Biasalah itu kalau kapel mesti ada naik turunnya dan kadang-kadang adalah yang luahkan perasaan kat media sosial dengan ayat penuh maksud tersirat. Harapnya perancangan Qi Razali dan Nelydia Senrose untuk berkahwin berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online

August 31st, 2015

Rasanya baru sahaja kita mendengar hasrat hati Qi Razali untuk berkahwin dengan Nelydia Senrose dan sudah pun mula membuat persiapan bagi hari bahagia beliau, tiba-tiba kami dapat berita mereka kini renggang dan ada yang mendakwa hubungan mereka sudah berakhir.

Semuanya bermula apabila Qi menerusi akaun Twitter beliau memuat naik “tweet” yang seakan memberi bayangan hubungan mereka sedang retak menanti belah. Menurutnya, situasi yang  beliau hadapi ketika ini sangat menyakitkan tetapi kehidupan harus diteruskan.

Pada masa yang sama, Nelydia juga turut meluahkan isi hatinya di Instagram dan menggambarkan situasi yang mereka sedang berhadapan sekarang.

Buat masa ini, kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan. Kami harap mungkin mereka hanya sedang jiwa kacau sahaja.

Hubungan mana yang tidak pernah di landa dengan ujian bukan? Doakan yang terbaik buat mereka.