February 21st, 2018

Hujung minggu lalu, sebuah akhar tempatan melaporkan pengakuan Emma Maembong yang mengatakan hubungannya dengan Kamal Adli sudah hancur.

Walaupun Emma telah menafikan perkara itu, Kamal turut terkena tempiasnya. Seperti yang anda tahu, beberapa kali juga mereka dihimpit pelbagai gosip dan persoalan tentang status sebenar hubungan mereka.

Mengakui dirinya sudah serabut dengan isu putus cinta yang tiada kesudahannya, Kamal memberitahu beliau enggan lagi memberikan sebarang komen mengenainya.

Cerita seperti ini sudah keluar banyak kali dan berulang kali. Saya malas untuk komen panjang lebar. Kalau saya terus fikir, buat serabut kepala sahaja. Lebih baik berdiam diri dan kalau ada perkara serius yang boleh dikongsi, saya sendiri akan tampil memberi keterangan.

Kami tahu ramai yang mengharapkan agar Kamal dan Emma mempunyai pengakhiran yang baik dalam perhubungan mereka. Namun, kalau ada jodoh tidak akan kemana bukan? Doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita : Kosmo Online