February 14th, 2020

Percintaan jarak jauh sememangnya menguji kesetiaan, kepercayaan dan kesungguhan antara 2 insan. Merindui seseorang yang jaraknya beribu batu dengan kita pasti membuatkan hati gundah gulana, murung dan tidak keruan. Inilah yang dikatakan mabuk cinta.

Seiring dengan kecanggihan dan kemajuan teknologi hari ini, pasangan bercinta boleh berhubung setiap masa dan “berjumpa” setiap hari. Hari ini, kami nak kongsikan 3 tips PERCINTAAN jarak jauh dengan produk HUAWEI yang akan membantu mengukuhkan, memesrakan dan mengeratkan lagi rasa sayang di antara anda berdua.

Sentiasa stay in touch dengan hantar gambar/video

Perkara paling asas dalam percintaaan (sama ada jarak jauh ataupun tidak) ialah stay in touch. Untuk berhubung, anda berdua sudah tentu perlukan sebuah smartphone yang mampu melakukan perkara-perkara di bawah:

  • Kongsi aktiviti harian anda
  • Buat video call apabila ada masa terluang
  • Hantar gambar selfie anda
  • Buat video kelakar untuk hiburkan hati si dia

Huawei Nova7i

Smartphone TERBAIK untuk melakukan kesemua perkara ini tidak lain tidak bukan ialah HUAWEI nova 7i yang hadir dengan kamera hadapan 16MP. Selain boleh mengambil selfie pada waktu malam menggunakan “Super Night Mode”, ia juga mempunyai selfie video effects dengan pelbagai filter applikasi TikTok. Barulah si dia gelak tak berhenti-henti melihat video anda kelak.

Huawei Nova7i

Huawei Nova7i

Huawei Nova7i

Selain itu, HUAWEI nova 7i juga mempunyai algorithm AI Beauty yang membuatkan selfie anda tampak lebih jelita, menawan dan semulajadi. Last but not least, smartphone terbaru HUAWEI ini juga mempunyai fungsi smart slimming apabila merakam video. Senang cakap, anda akan sentiasa nampak CANTIK dan KACAK sepanjang masa bersama HUAWEI nova 7i.

Berhubung tanpa jejaskan prestasi harian

Apabila bercinta jarak jauh ini, memang kita akan cuba membalas mesej si dia secepat mungkin tanpa mengira masa. Iyerlah, kalau lambat jawab, tup-tup kena tuduh macam-macam.

Sedangkan kita sedang sibuk bekerja, ada kuliah dan sebagainya. Jadi macam mana kita nak berhubung dengan pantas tanpa melihat telefon 24 jam sekaligus mengelakkan diri daripada “kantoi” dengan boss? Jawapannya tak lain tak bukan ialah HUAWEI Matebook D 15!!

Matebook Multi Screen

Anda boleh menghubungkan smartphone HUAWEI nova 7i anda dengan HUAWEI Matebook D 15 menerusi “multi-screen collaboration” yang sangat mudah. Kolaborasi ini membolehkan skrin telefon anda terpampang di skrin laptop. Sambil menyiapkan kerja, anda boleh membalas mesej si dia tanpa perlu melihat telefon. Kerja pun siap, si dia pun dapat kasih secukupnya. Boss pun makin sayangkan anda. Power kan produk HUAWEI?

Huawei Matebook 15

Nak lagi hebat, anda juga boleh pasangkan HUAWEI nova 7i anda dengan jam tangan pintar HUAWEI Watch GT2. Bila masuk je mesej daripada si dia, terus akan ada notifikasi di jam tangan anda. Siap boleh jawab panggilan telefon lagi. Selain itu, ada juga fungsi-fungsi kesihatan seperti memerika denyutan jantung, aktiviti senaman dan banyak lagi.

Jangan risau kalau anda terlupa nak cas HUAWEI Watch GT2 ini kerana ia boleh bertahan selama 14 hari. Last but not least, letakkan gambar anda dan si dia sebagai wallpaper HUAWEI Watch GT2 sebagai tanda akan mengingati si dia sepanjang masa. So sweet!!!

Huawei Watch GT2

Huawei Watch GT2

Berjumpa tanpa sebarang gangguan

Detik paling mengujakan buat pasangan bercinta jarak jauh ialah apabila akhirnya dapat bertemu untuk melepaskan rindu di dada. Ketika ini memang terasa dunia seperti anda yang punya tanpa mengira apa jua aktiviti yang dilakukan, sama ada makan malam bersama, tengok Netflix sambil duduk atas sofa atau duduk minum kopi sambil menatap wajah masing-masing.

Huawei Freebud 3

Untuk detik yang lebih intim dan bebas daripada sebarang gangguan luar, dapatkan HUAWEI Freebuds 3 yang mempunyai Active Noise Cancellation dan sangat mudah digunakan. Ia membenarkan anda berdua memasuki dunia yang hanya ada anda dan si dia. Senang cakap, lagi romantik, lagi sweet dan lagi mesra.

Huawei Free Bud 3

Promosi Hari Kekasih HUAWEI

Huawei Together 2020

Anda juga berpeluang untuk bercuti bersama si dia ke Maldives kerana ada peluang untuk memenangi 3 voucher bercuti ke Maldives yang bernilai sehingga RM36,000 apabila anda membeli sebarang produk HUAWEI terpilih dari 10 Februari hingga 16 Februari 2020.

Cuma perlu ikuti langkah-langkah di atas sahaja dan tunggu pengumuman pemenangan pada 14 Mac 2020. Mana tahu ada rezeki anda kan?Bolehlah bercuti dengan si dia sebelum kembali terpisah beribu-ribu batu.

Huawei Together 2020

Last but not least, HUAWEI kini menyediakan pakej yang sesuai untuk semua tanpa mengira keperluan dan kemahuan (kesihatan, pembelajaran, melancong, bekerja) dengan faedah 0% dan juga 0% bayaran pemprosesan. Ini semua boleh anda nikmati menerusi pakej Together 2020 HUAWEI SMART LIFE Package Installment Plan yang menawarkan pembayaran sehingga 12 bulan dengan bayaran serendah RM4.87/sehari. Memang tak akan akan jumpalah syarikat lain buat tawaran yang sehebat ini. Maklumat lanjut di https://huaweitogether2020.3ex.com.my/.

Huawei Nova 7i

Paling penting, sambar HUAWEI nova 7i sekarang dan hadiahkan kepada si dia supaya cinta jarak jauh anda akan terasa lebih dekat. Cuma RM1099 sahaja. Tempah sekarang di sini

Bersempena dengan Hari Kekasih pada 14 Februari ini, HUAWEI bukan sahaja menerima pre-order untuk nova 7i yang berharga CUMA RM1,099 + percumah HUAWEI Band 4, malah turut memberikan diskaun untuk produk-produk di bawah:-

1. HUAWEI Nova 5T dengan warna baru Crush Green cuma RM1,399

2. HUAWEI Freebud 3 berwarna merah pada harga RM679

3. Watch GT 42mm warna Rose Gold, harga RM899

4. RM699 HUAWEI Y7p (sesuai dijadikan telefon kedua)

5. RM2,299 MateBook D 15 Versi Baharu (8GB + 256GB)

Selamat membeli!

December 12th, 2019

Adakah anda seorang gamers sejati? Bangun pagi sebelum gosok gigi anda akan layan PUBG seround? Atau sanggup tak makan lunch semata-mata untuk main ranked Mobile Legends? Tapi bila tengok gajet anda yang dah makin using, mesti sedih kan? Kan best kalau boleh tukar sekaligus setup gaming korang?

huawei zero interest plan

Ha, kalau jawapan anda untuk persoalan di atas adalah “ya”, maka HUAWEI Together 2020 Gaming Package mampu meningkatkan kehebatan anda bermain game bak seorang profesional.

huawei zero interest plan

Dengan bayaran SERENDAH RM25.96 sehari , HUAWEI Together 2020 Gaming Package hadir dengan 3 produk yang pasti menjadikan pengalaman bermain game anda lebih mengujakan dan menarik. Ha apa produk-produk tersebut? Jom kita ushar!!!