Written by Bella | March 15th, 2019

Penyampai radio Hot FM menerusi segmen Geng Pagi Hot yang dikendalikan oleh Shuk, Fizie dan Shuib Sepahtu semalam menerima kritikan ramai apabila didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sensitif mengenai isu pencemaran kimia di Pasir Gudang, Johor Bahru.

Ketika menemubual Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkaitan kes pencemaran kimia di Sungai Kim Kim yang semakin kritikal sehingga mengakibatkan 111 buah sekolah diarah tutup serta-merta, salah seorang penyampai telah berjenaka tentang perkara itu.

Antara kata-katanya berbunyi Kenapalah konti kita bukan dekat Johor. Kalau tak mesti dah cuti.”

Tentu sekali  ia membangkitkan kemarahan netizen, kenapa musibah yang berlaku dijadikan bahan lawak pula. Seolah-olah mempersendakan kejadian yang mengancam nyawa itu.

Susulan itu, stesen radio Hot FM menerusi akaun Twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kata-kata penyampainya itu.  Pihak Hot FM mengambil serius dan menghargai setiap teguran daripada pendengar yang prihatin berkenaan isu tersebut.

Hot FM juga mendoakan agar semua yang terkesan akibat musibah berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tabah menghadapi dugaan itu.

Written by AbangNara | February 18th, 2019

Minggu lalu berita pemergian Ajak dari konti radio Hot FM telah mengejutkan banyak pihak. Ramai yang tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi pengganti kepada Ajak kerana keserasiannya bersama Syuk dan Fizi memang sukar untuk dicari ganti. Pagi ini, para pendengar Hot FM dapat menarik nafas lega apabila mendengar suara Shuib Sepahtu di corong radio kegemaran mereka ini. Ternyata pemilihan Shuib adalah tepat kerana “chemistry” yang telah wujud lama di antara dirinya dengan Syuk dan juga Fizi.

shuib sepahtu hot fm

Untuk makluman, sebelum ini Shuib telah pun menimba pengalaman sebagai deejay radio di Sinar FM namun telah berhenti pada tahun lalu untuk memberikan perhatian kepada perniagaan madunya. Sudah pasti sedikit sebanyak ada yang merindui untuk mendengar keletah Shuib di dalam perjalanan ke tempat kerja. Semoga dengan kehadiran kembali Shuib di Hot FM ini dapat mengubati rindu-rindu tersebut.

shuib sepahtu hot fm

Selamat maju jaya diucapkan kepada Shuib. Secara jujurnya ketika Shuib di Sinar FM, Abang Nara memang suka mendengar kata-katanya yang penuh ketenangan dan berilmiah. Lawak yang diberikan pun sempoi dan tidak melampau-lampau. Good luck and all the best Shuib. Kasi gegar dan kasi pecah perut semua pendengar Hot FM.

Written by Bella | September 13th, 2018

Selepas beberapa tahun Jihan Muse menghiburkan kita dengan lawaknya menerusi program di televisyen dan membuat parodi yang cukup ‘rare’ di MeleTOP, kini pagi anda akan lebih ceria selepas beliau terpilih untuk memeriahkan lagi segmen Geng Pagi Hot bersama Ajak, Fizie dan Shuk bermula 17 September ini.

Walaubagaimanapun, Jihan pagi tadi telah sempat merancakkan suasana pagi pendengar Hot FM ketika mengunjungi stesen radio terbabit untuk ambil ‘feel’ bergelar penyampai radio selain mengumumkan beliau bakal menjadi keluarga Hot FM tidak lama lagi.

Tentunya perubahan baru ini mendapat reaksi positif daripada pendengar yang mengakui Jihan sentiasa bersahaja dalam lawaknya dan membuatkan orang ramai tidak kering gusi. Sama-sama kita nantikan gabungan mereka berempat minggu depan.

Sumber Berita : Hot FM

Written by Bella | July 4th, 2018

Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel dimana penyanyi Ernie Zakri tidak dapat membendung lagi rasa bengangnya kerana dipergunakan oleh sebuah stesen radio popular untuk menjadi sebahagian daripada program yang hanya ingin mempromosikan single terbaru Haqiem Rusli dan berbicara mengenai kisah depresinya.

Sehingga saat ini, isu ini masih lagi hangat diperkatakan di media sosial dan timbul juga pelbagai spekulasi mengenainya.

Terbaru, Ernie mendedahkan satu perkara yang agak mengejutkan. Menurutnya, Haqiem tidak pernah mengalami masalah depresi sehingga mahu berhenti menyanyi. Semuanya hanya gimik yang sudah lama dirancang.

Susulan pendedahan Ernie, netizen nampaknya turut merasa geram dengan tindakan Haqiem yang cuba meraih publisiti dengan cara sebegitu. Tekanan perasaan bukanlah satu perkara yang boleh dibawa main-main.

Penulis tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi agak tidak wajar untuk menggunakan isu mengalami tekanan perasaan semata-mata untuk mempromosikan lagu baru. Janganlah menipu orang kalau bab sakit ini, sekarang ini kalau kena kecam janganlah salahkan netizen pula ye kerana mereka sudah rasa tertipu.