“Lahir Tahun 1976? Samalah Kita” – Rupanya Sebaya, KJ Minta Tips Daripada Tyzo Kekal Awet Muda

Hiburan

“Lahir Tahun 1976? Samalah Kita” – Rupanya Sebaya, KJ Minta Tips Daripada Tyzo Kekal Awet Muda

Sebelum ini, umur bekas penyampai radio Suria FM iaitu Tyzo menjadi persoalan di kalangan netizen kerana pernah timbul khabar angin bahawa umurnya adalah 58 tahun.

Dedah umur yang sebenar

Tidak mahu kekeliruan di kalangan netizen berlarutan, Tyzo akhirnya mendedahkan usia sebenarnya dalam satu sesi temu bual bersama penyampai radio Hot FM.

Advertisement

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zulqarnain Idris berkata dirinya seusia dengan Khairy Jamaluddin iaitu tahun 1976.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suria Malaysia (@suriamalaysia)

KJ minta tips kekal awet muda

Dalam pada itu, Khairy atau lebih mesra dipanggil sebagai KJ tidak melepaskan peluang untuk meminta tips daripada Tyzo cara kekal awet muda dan kelihatan jauh lebih muda daripada usianya.

Saya kena berguru dengan andalah. Macam mana nak muda, macam mana nak menang ABP.

Sementara itu, ketika sesi temu bual berlangsung, Tyzo turut berseloroh sama ada pihak Hot FM mahu mengambilnya sebagai penyampai radio stesen tersebut.

Sambil tertawa, KJ menolak permintaan tersebut kerana mereka sebaya dengan nada bergurau.

umur tyzo
4 months ago

"Tak Sangka Umur Dia Banyak Tu.." - Nampak Muda, Netizen Terkejut Dapat Tahu Umur Sebenar Tyzo Dah Cecah....

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...