February 21st, 2020

Tindakan adik Allahyarham Abam Bocey yang memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan dengan soal harta menimbulkan kemarahan netizen. Apa yang dilakukannya itu dianggap biadab dan tidak menghormati kakak iparnya yang baru sahaja kehilangan suami tercinta.

ali puteh balu abam

Kemarahan Ali berpunca dari Facebook Live yang dibuat oleh Datuk Seri Aliff Syukri ketika menemuramah Hidayah dan bertanyakan beberapa soalan sensitif serta provokasi berkaitan harta peninggalan arwah suaminya.

Tidak mahu timbul sebarang spekulasi dan fitnah, akhirnya Ali telah tampil menjelaskan perkara sebenar.

Isu kereta, dompet & tindakan balu Abam keluar dari rumah

Ali Puteh menjelaskan apa yang dilakukannya semata-mata mahu menguruskan harta peninggalan arwah Abam termasuk hutang dan urusan faraid. Ada sebab mengapa dia mengambil dompet Allahyarham kerana memerlukan informasi berkaitan kerja dan segala hutangnya.

Tindakannya itu sudah dimaklumkan kepada Hidayah dan kakak iparnya itu sudah bersetuju.

ali puteh kakak ipar

Pada masa yang sama, Ali turut menafikan dakwaan Hidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan ia adalah kehendaknya sendiri. Meninggalkan rumah tersebut pada hari keenam arwah meninggal dunia.

Harapnya dengan penjelasan Ali ini, tiada lagi pihak yang salah faham dan mencetuskan lagi spekulasi liar. Kami harap perkara ini tidak berpanjangan dan dapat diselesaikan dengan cara baik.

Sumber Berita : Official Ria X

February 20th, 2020

Belum reda lagi rasa duka serta sedih terhadap pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar,  telah muncul krisis dalam kalangan ahli keluarga arwah sehingga timbul pelbagai spekulasi.

ali puteh kakak ipar

Tindakan Ali Puteh yang memuat naik status penuh amarah dan berbaur hinaan kepada balu abangnya, Noor Hidayah nyata mengejutkan ramai. Tergamak untuk mengeluarkan perkataan kesat terhadap seorang wanita yang masih lagi rapuh jiwanya dan bersedih kehilangan suami tercinta.

ali puteh aliff syukri

Difahamkan, persengketaan itu berpunca dari soal harta. Menerusi Live di Facebook Datuk Seri Aliff Syukri, Noor Hidayah ketika ditemuramah memberitahu kereta yang sering digunakannya telah ditarik oleh ahli keluarga Abam dan segala harta peninggalan arwah suaminya itu diuruskan oleh mereka.

Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi.

“Ada asbab Datuk Aliff Syukri buat live, kalau tak kita tak tahu keadaan balu arwah” – Netizen

ali puteh kakak ipar aliff syukri ali puteh aliff syukri ali puteh

Pendedahahan menerusi video tersebut menimbulkan tanda tanya ramai pihak yang beranggapan nasib isteri dan anak Allahyarham tidak terbela. Tidak sepatutnya mereka diperlakukan sebegitu rupa.

Netizen mahu Ali minta maaf pada kakak ipar

ali puteh kakak ipar ali puteh kakak ipar binatang

Rata-rata netizen berpendapat Ali tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan kesat terhadap kakak iparnya itu.

ali puteh kakak ipar

Kes pergaduhan antara keluarga disebabkan perebutan harta sering kita dengar menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi retak seribu. Harapnya isu Ali dan kakak iparnya tidaklah berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik.