Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Perebutan Harta Arwah Abam Jadi Perbualan Hangat, Ali Puteh Gelar Kakak Ipar “Binatang”

ali puteh kakak ipar

Belum reda lagi rasa duka serta sedih terhadap pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar,  telah muncul krisis dalam kalangan ahli keluarga arwah sehingga timbul pelbagai spekulasi.

ali puteh kakak ipar

Advertisement

Tindakan Ali Puteh yang memuat naik status penuh amarah dan berbaur hinaan kepada balu abangnya, Noor Hidayah nyata mengejutkan ramai. Tergamak untuk mengeluarkan perkataan kesat terhadap seorang wanita yang masih lagi rapuh jiwanya dan bersedih kehilangan suami tercinta.

ali puteh aliff syukri

Difahamkan, persengketaan itu berpunca dari soal harta. Menerusi Live di Facebook Datuk Seri Aliff Syukri, Noor Hidayah ketika ditemuramah memberitahu kereta yang sering digunakannya telah ditarik oleh ahli keluarga Abam dan segala harta peninggalan arwah suaminya itu diuruskan oleh mereka.

Advertisement

Haritu saya nak bawa anak saya pergi klinik kerana anak saya demam, saya minta kunci kereta tapi pihak sana tak bagi.

“Ada asbab Datuk Aliff Syukri buat live, kalau tak kita tak tahu keadaan balu arwah” – Netizen

ali puteh kakak ipar aliff syukri ali puteh aliff syukri ali puteh

Pendedahahan menerusi video tersebut menimbulkan tanda tanya ramai pihak yang beranggapan nasib isteri dan anak Allahyarham tidak terbela. Tidak sepatutnya mereka diperlakukan sebegitu rupa.

Netizen mahu Ali minta maaf pada kakak ipar

Advertisement

ali puteh kakak ipar ali puteh kakak ipar binatang

Rata-rata netizen berpendapat Ali tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan kesat terhadap kakak iparnya itu.

ali puteh kakak ipar

Kes pergaduhan antara keluarga disebabkan perebutan harta sering kita dengar menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi retak seribu. Harapnya isu Ali dan kakak iparnya tidaklah berpanjangan dan dapat diselesaikan secara baik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 Comments

  1. Anonymous

    February 22, 2020 at 2:14 pm

    Pngajarannya jgn masuk cmpur hal urusan umhtgga org jika blku satu kmatian…..masing2 tgh sedih n bcelaru hlng org tersyg….btul jgk kta org…jgn jd org tgh jika kita xthu ape2….btulla tu…xkn xde lngsung duit untuk blnja ank n kak ipartu…..hrta besar2 xpelah faraid….yg sikit2 xkn nk faraid…..n btullah jgk proses faraid ni lmbt….tp slma tmpuh 4bln tu knala mnggung kak ipo n ank tu….xblh kluarlah dr rumah slgi xhbis iddah….kvuali perlu….xkn kreta yg harta untuk bini nya pkaipon nk faraid….tu dgr mcm xbestla….yg terseqsa arwah abam…kn ingt tu….lki ni kdg2 mmg mulut terlazer klo dh mrh….

  2. Anonymous

    February 21, 2020 at 12:03 pm

    Tq atas komen bernas.1 jer dalam mcm ni jangan cepat melatah n buat keputusan melulu.dah tau isu sensitif kenapa up dalm sosial media.settle sesama ahli keluarga kalau x mau netizen buat telahan salah n silap

  3. Ebi

    February 21, 2020 at 8:13 am

    Netizens ni macam lalat pantang di sua bangkai. Berita sebelah pihak entah sahih ke tidak. There’s always 2 sides of a coin. Org tengah depress kehilangan ketua keluarga pastilah Masing2 pun celaru dan keliru. Miscommunication ni biasa ja di kalangan keluarga. Aliff Syukri mcm biasa la nak lariskan channel dia. Dia ada penyakit nak semua org bagi perhatian kat dia. Kalau tengok cara diaorg ni sama2 pun silap. Mak bapak dayah pun kenapa bawa anak tu balik kampung. Itu pun dah silap. Dayah pulak takut sgt harta abam kena ambik. Ali pulak kena ada la berlapik dan ada timbangrasa dengan kakak. Takkan 1 sen pun tak boleh belanja, semua kena faraid? Sementara tu anak tu nak makan apa? Bukan sekejap proses faraid ni.

  4. Anonymous

    February 20, 2020 at 11:55 pm

    Jgn campur urusan org…urusan korg tu dah urus ke blom…hidup lah dgn tenang

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top