March 13th, 2019

Tanggal 9 Mac lalu merupakan hari jadi Rozita Che Wan yang ke 46 dan umum mengetahui beliau telah mengadakan beberapa sambutan hari jadi, pertama dengan anak yatim dan kemudiannya secara eksklusif serta mewah di hotel Mandarin Oriental.

Namun, timbul pula kontroversi baru dimana netizen menerusi media sosial membandingkan majlis Che Ta dengan sambutan hari jadi ibu Zain Saidin yang cukup sederhana di rumah.

Pelbagai spekulasi timbul termasuklah persoalan adakah hubungan mereka berdua dingin? Jarang sekali Che Ta bergambar bersama ibu mertuanya itu.

Bagaimanapun, Sasha memberitahu Che Ta dan Zain tidak dapat hadir ke majlis sambutan hari lahir ibunya kerana pasangan itu mempunyai urusan di luar negara.

Tidak bergambar bersama bukan bermakna hubungan Che Ta dan ibu mertuanya bermasalah. Mungkin untuk menjaga privasi?

Advertisement