Written by Bella | September 27th, 2018

Lama tidak berjumpa dengan isteri tercinta atas tuntutan kerja, pelakon Fattah Amin tidak melepaskan peluang yang ada untuk meluangkan masa dengan Fazura dengan menikmati percutian bersama.

Kalau sebelum ini Fazura sempat memuat naik video romantis untuk hari ulang tahun kelahiran suaminya yang ke 28 meskipun sibuk dengan urusan kerja di New York, kini giliran Fattah pula meraikan hari jadi Fazura.

Fattah telah membuat kejutan istimewa ‘candle light dinner’ yang cukup romantis buat isteri tercinta dibawah sinaran bintang.

Bukan itu sahaja, Fattah menerusi akaun Instagram turut memuat naik ucapan yang sangat ‘sweet’  dimana beliau merasa syukur dan bertuah dikurniakan seorang isteri yang baik dan membawa kebahagiaan kepada dirinya. Fattah juga berdoa agar perkahwinan mereka kekal sehingga ke syurga.

Kehangatan cinta Fattzura sehingga hari ini masih lagi mendapat tumpuan ramai kan? Semoga pasangan ini akan terus dilimpahi dengan kebahagiaan. Apa-apa pun, selamat hari jadi kami ucapkan kepada Fazura, semoga sukses selalu dan dimurahkan rezeki.

Written by AbangNara | September 30th, 2013

Kalau pertama kali bertemu Nur Fazura, pasti Abang Nara akan beranggapan umurnya sekitar 25 tahun. Masih tampak muda. Rupa-rupanya Fazura pada 27 September yang lalu telah menyambut hari jadinya yang ke 30. Selamat hari lahir dan semoga panjang umur Abang Nara ucapkan kepada pelakon yang masih maintain cantik menawan ini.

fazura kahwin

Abang Nara pasti Fazura turut tidak sabar untuk bergelar isteri kepada seseorang. Semoga cepat dipertemukan jodoh. Semoga berjumpa dengan lelaki yang benar-benar memahami diri anda. Abang Nara yakin ramai yang mahu memiliki Fazura secara sah, namun pilihan yang tepat harus dilakukan olehnya.

fazura kahwin

Semoga Fazura akan terus berjaya di dalam apa jua bidang yang diceburinya. Kekalkan sikap mesra, merendah diri dan charming anda. Selamat hari Fazura. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Nur Fazura.

bbw world

P.S: Di kala harga barangan semua naik, BestBuyWorld Malaysia tetap mengekalkan harga yang jauh lebih murah berbanding pasarannya. Memang syurga membeli belah terutamanya untuk kaum wanita. Hampir kesemua barangan ada di jual di sini. Tak percaya? LIKE Facebook BestBuyWorld Malaysia dan layari www.my.bestbuy-world.com untuk menikmati harga ISTIMEWA hari ini juga.