Written by AbangNara | August 6th, 2014

Argh~~~ Kecewa sungguh diri ini dibuatnya. Abang Nara dah excited nak beli tiket Running Man yang akan hadir ke Malaysia pada November ini. Tup-tup ahli Running Man kegemaran Abang Nara iaitu Lee Kwang Soo tak ada pulak. Hanya Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, Haha dan Song Ji Hyo sahaja yang akan hadir. Hmmmm. Nampak gaya macam kena pergi jugak sebab ada si comel Ji Hyo. Tak gitu?

running man4 ahli Running Man ini akan menghiburkan peminat Malaysia pada 1 November 2014 (Sabtu) bertempat di Stadium Negara. Tiket berharga RM729 (VIP), RM499 (CAT 1), RM429 (CAT 2), RM299 (CAT 3) dan RM199 (CAT 4) akan mula dijual tidak lama lagi. Memang agak mahal harga tiket yang ditawarkan namun kalau anda peminat setia Running Man, apalah sangat kan?

Untuk maklumat lanjut mengenai kedatangan Running Man ke Malaysia, sila layari Facebook ONE TV Asia.

Written by AbangNara | January 6th, 2014

Bukan mudah untuk membuatkan seorang yang gemar membelot dan mengkhianati rakan-rakannya di dalam Running Man untuk menangis, namun itulah yang berjaya dilakukan oleh peminat-peminat Lee Kwang Soo di Malaysia. Si tinggi lampai (zirafah) ini dilihat sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat video kompilasi aksinya yang disediakan oleh para peminatnya ketika sesi bertemu peminat Malaysia Sabtu lalu. Memang daebak sungguh!!!

lee kwang soo di Malaysia

Walaupun kehadirannya di Malaysia sangat singkat, namun banyak aktiviti menarik yang telah dilakukan ketika bersama peminat-peminatnya. Antara yang menarik ialah sesi bermesra bersama peminat bertuah di atas pentas, sesi soal jawab yang lucu dan paling best, sesi Lee Kwang Soo menyanyikan lagu “I Believe” khas buat para peminatnya.

lee kwang soo di Malaysia

Abang Nara pasti para peminat Lee Kwang Soo mendapat seribu kenangan indah selepas selesai sesi bertemu peminat ini. Diharap si pembelot dapat meyakinkan rakan-rakannya untuk hadir ke Malaysia sama ada untuk membuat penggambaran atau menghadiri sesi bertemu peminat dengan lengkap tanpa ketinggalan satu pun ahli Running Man. Pasti kebaboom dan meletup punya.
lee kwang soo di Malaysia

Lagi beberapa keping gambar Lee Kwang Soo ketika sesi bertemu peminat dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar sepenuhnya kepada TianChad. Lebih banyak gambar boleh dilihat di Facebook TianChad.

P.S: 4 ekor lembu disumbatkan dalam Proton Wira