June 22nd, 2018

Penyanyi yang masih muda dan sedang meningkat naik namanya, Haqiem Rusli baru-baru ini mengejutkan orang ramai apabila mengumumkan bakal bersara daripada bidang seni selepas mengalami kemurungan yang teruk.

Tidak cukup dengan isu itu, muncul pula seorang individu yang mendedahkan sikap serta perangai buruk Haqiem yang dilabelkan sebagai seorang yang berlagak. Tuduhan yang dibuat di akaun Twitter itu menjadi bualan hangat netizen dan timbul lagi pelbagai spekulasi liar.

Menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya, Haqiem memberitahu beliau sebagai manusia biasa yang tidak sempurna mungkin ada melakukan kesilapan. Namun, adakah kesilapan itu terlalu besar sehingga beliau dihakimi serta dihukum dengan teruk. Haqiem tidak mahu netizen terus meghinanya lagi.

Terdahulu, Haqiem menerusi akaun Instagramnya  seakan memberikan bayangan mahu berhenti menyanyi dan mengalami kemurungan sejak awal tahun ini.  Namun, segalanya masih dalam pertimbangannya dan akan membuat keputusan mengenai kariernya itu pada Julai ini.

January 31st, 2018

Baru-baru ini foto penyanyi Haqiem Rusli yang sedang mendirikan solat Asar di belakang pentas yang dikongsikan oleh peminatnya tersebar luas di media sosial. Ramai yang memuji sikap Haqiem yang mengutamakan ibadahnya.

Haqiem meminta kain sampin daripada seorang penari untuk dijadikan sebagai sejadah dan mencari satu ruangan kecil untuk solat kerana tidak mahu mengganggu orang lain.

Tidak tahu foto tersebut dirakam oleh peminatnya, Haqiem bagaiamanapun memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk.

Sejujurnya saya tak ada niat nak menunjuk-nunjuk atau riyak dengan bersolat di belakang pentas. Malah, saya pun tak tahu bila gambar tersebut diambil oleh peminat dan tiba-tiba ia tersebar di laman sosial.

Sebenarnya saya dah terlambat mengerjakan solat ketika itu dan kedudukan surau pula agak jauh dari pentas. Kalau saya memilih bersolat di surau, pasti akan mengambil masa yang agak lama kerana perlu bertemu peminat dan bimbang jika wuduk terbatal kerana bersentuhan dengan bukan mahram.

Haqiem tidak memarahi peminatnya yang mengambil foto tersebut kerana ia bukanlah satu perkara yang negatif. Beliau berharap ia dapat memberikan manfaat serta menyedarkan masyarakat mengenai kewajiban bersolat.

Sumber Berita : mStar Online / URTV