Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Tiada Niat Menunjuk Solat Di Belakang Pentas – Haqiem Rusli

Baru-baru ini foto penyanyi Haqiem Rusli yang sedang mendirikan solat Asar di belakang pentas yang dikongsikan oleh peminatnya tersebar luas di media sosial. Ramai yang memuji sikap Haqiem yang mengutamakan ibadahnya.

Advertisement

Haqiem meminta kain sampin daripada seorang penari untuk dijadikan sebagai sejadah dan mencari satu ruangan kecil untuk solat kerana tidak mahu mengganggu orang lain.

Tidak tahu foto tersebut dirakam oleh peminatnya, Haqiem bagaiamanapun memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk-nunjuk.

Sejujurnya saya tak ada niat nak menunjuk-nunjuk atau riyak dengan bersolat di belakang pentas. Malah, saya pun tak tahu bila gambar tersebut diambil oleh peminat dan tiba-tiba ia tersebar di laman sosial.

Sebenarnya saya dah terlambat mengerjakan solat ketika itu dan kedudukan surau pula agak jauh dari pentas. Kalau saya memilih bersolat di surau, pasti akan mengambil masa yang agak lama kerana perlu bertemu peminat dan bimbang jika wuduk terbatal kerana bersentuhan dengan bukan mahram.

Advertisement

Haqiem tidak memarahi peminatnya yang mengambil foto tersebut kerana ia bukanlah satu perkara yang negatif. Beliau berharap ia dapat memberikan manfaat serta menyedarkan masyarakat mengenai kewajiban bersolat.

Sumber Berita : mStar Online / URTV

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 Comments

  1. nedy

    February 4, 2018 at 1:31 pm

    baik budak ni.. igt lg dlu ade 1 post dia kt ig gmbar ramai2 dgn fans. yg girl2 ni ade yg tutup aurat. gigih dia edit tutup aurat sorg2, akak salute u dik

  2. Kak cik

    February 4, 2018 at 5:49 am

    Islam datang dgn asing dan pergi dgn asing.untunglah jd orang asing di akhir zaman ini..semoga terus istiqomah

  3. tak menghakimi

    February 2, 2018 at 9:14 am

    tapi…kalau la betul dia memg jenis tak tinggal solat patut awal2 dah bawak sejadah atau takpun kopiah kecik masuk poket tu. jadi takla nampk mcm nak show off beribadah serta mewujudkan keraguan orangramai..kalau la ye. sebab kta ni kalu memg jenis tak tinggal solat busuk2 pun memg kopiah lipat2 tu dh siap2 ready.alah kecik je pun size mcm iphone, ntahla tu antara dia dgn Tuhan lagi la

    • sistur

      February 2, 2018 at 5:14 pm

      Nak tanya je : kopiah rukun solat ke? Maybe selama ni dia akan sempat ke surau utk solat semua.. ni maybe time darurat, tak sempat semua.. husnuszon sikit alang2 tgh “tak menghakimi” tuh..

    • Intan

      February 3, 2018 at 5:56 pm

      Tahnya. Kwn2 laki aku x tinggal solat tp takda plak bawak sejadah merata kat Msia ni sebab surau byk. Adoila… sejenis dengkiiiii

  4. bashmakcikpakcikbawang

    February 2, 2018 at 8:04 am

    menunjuk kalau die selfie time atas sejadah (sampin) tuh.. duhhhhhh

  5. Anonymous

    February 1, 2018 at 10:00 am

    solat wajib…so dia solat..bagus..harus jadi ikutan pada yg tidak solat…kalau orang ikut dapt pahala berpanjangan…truskan tunjuk yg baik.
    orang mesia ni…tunjuk baik pon kena..tunjuk baik pon kena

Loading...
To Top