March 7th, 2018

Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah kita mempunyai impian untuk hidup bersama, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac akui beliau masih lagi terluka dengan kisah putus tunangnya.

Hans terlalu kecewa kerana beliau begitu komited dan menyerahkan sepenuh jiwa dan raganya dalam perhubungan tersebut sedangkan pihak di sana bersikap sebaliknya.

Sakit itu ada lagi. Saya kecewa kerana setelah saya membuka pintu hati untuk serius dalam hubungan tetapi perkara tersebut tidak menjadi. Saya terpaksa memutuskan hubungan kerana pihak sana tidak memberi seratus peratus komitmen seperti yang telah saya berikan.

Hans Isaac bersama bekas tunangnya Gabriella Robinson

Tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenali dan berkawan dengan mana-mana wanita, Hans bagaimanapun belum bersedia untuk kembali ke alam percintaan. Beliau memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memulihkan hati yang telah terluka.

Sumber Berita : Utusan Online

December 23rd, 2017

Sudah beberapa kali gagal dalam percintaan dan terbaru putus tunang bersama bekas ratu cantik, Gabriella Robinson pada bulan Oktober lepas, Datuk Hans Isaac akui pintu hatinya sudah tertutup buat masa ini dan hanya ingin fokus kepada kerjayanya. Hans juga lebih gemar untuk bercuti ke luar negara dan melupakan segala kedukaan beliau.

Hanya keluarga dan kawan-kawan sahaja yang tahu betapa patahnya hati saya selepas putus tunang. Memang sukar menerima hakikat itu, tetapi saya kena teruskan juga kehidupan. Disebabkan itu, saya lebih suka pergi bercuti ke luar negara.

Saya memang tidak mahu jumpa orang dan seboleh mungkin enggan berada di ibu negara. Pintu hati saya sudah tertutup buat masa ini untuk mencari pengganti.

 Tidak mengapalah, bak kata pepatah masa akan sembuhkan segala duka dan luka didalam hati. Mungkin lebih baik sendiri dan siapa tahu pada masa hadapan ada wanita yang betul-betul sesuai untuk Hans.

Sumber Berita : BH ONLINE

November 15th, 2017

Umum mengetahui Datuk Hans Isaac baru sahaja putus tunang bersama Gabriella Robinson tetapi ada yang mengatakan kini Hans tidak lagi berduka kerana sudah menemui cinta baru .

Foto Hans bersama seorang model jelita, Amdressa Galvao dari Brazil yang dimuat naik di akaun Instagram mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuk berharap “percintaan” Hans kali ini akan menjadi. Walaubagaimanapun, Hans menafikan beliau dan Amdressa mempunyai hubungan istimewa.

Akaun Instagram saya memang terbuka untuk umum dan semua orang boleh menulis komen yang mereka mahu. Kalau ia berbaur negatif atau menimbulkan pergaduhan, saya akan padam komen itu.

Bukan mudah untuk “move on” selepas putus tunang bukan? Tapi kalau benar ada jodoh dengan Amdressa pun apa salahnya. Sebenarnya ramai peminat Hans yang ingin melihat beliau bahagia.

Sumber Berita : Harian Metro

November 1st, 2017

Pembatalan perkahwinan Datuk Hans Isaac bersama ratu cantik, Gabriella Robinson mengejutkan ramai pihak. Hans menerusi kenyataan beliau di Instagram meluahkan rasa kecewa tetapi tidak menyatakan sebab beliau membuat keputusan untuk tidak berkahwin dengan Gabriella.

Gabriella juga tidak memberikan apa-apa kenyataan tetapi ada memuat naik satu status berbaur sinis menerusi Instagram Story beliau.

Ramai yang tertanya adakah status itu berkaitan dengan hubungan beliau dan Hans sehingga putus tunang?

Terdahulu, Hans juga ada memuat naik foto  dengan perkataan Never Doubt Your Instinct bersama kapsyen berbunyi “Leopard will never change HER spots ! Time to move on”  dan mencetuskan spekulasi yang mungkin ia berkaitan dengan keputusan beliau untuk tidak berkahwin.

Hanya Hans dan Gabriella sahaja tahu sebab mereka tidak dapat meneruskan lagi dengan perancangan perkahwinan mereka. Anggaplah sudah tiada jodoh dan pastinya setiap keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk semua pihak agar tiada konflik lain di masa hadapan.