April 18th, 2016

Minggu lepas Hans Isaac mengakui beliau kini sudah mempunyai teman istimewa dan percintaan mereka bakal berakhir dengan perkahwinan tidak lama lagi.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan ada juga yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah wanita yang bakal menjadi teman hidup Hans.

Namun, ada juga persoalan dimana adakah tidak terlambat untuk Hans berkahwin memandangkan usia beliau kini dalam lingkungan 40 an. Ini jawapan yang diberikan oleh Hans :-

Seandainya saya berkahwin ketika usia saya 34 atau 35 tahun misalnya, saya rasa mungkin saya dah bercerai dah ketika itu. Dulu saya mungkin tak faham mengenai komitmen dalam hubungan kerana tak matang.

Jelas Hans, beliau kini sedar bahawa didalam sesebuah hubungan itu, perlu ada pengorbanan dan perlu juga untuk memahami erti disebalik pengorbanan itu.

Sedangkan dalam sesuatu perhubungan, pengorbanan perlu ada daripada kedua-dua pihak. Saya faham benda tu sekarang. Dulu mungkin saya cakap saja saya faham, tetapi di dalam, adakah saya benar-benar faham? Saya berani katakan ketika itu kalau saya berkahwin, saya mungkin sudah bercerai.

Hans memberitahu beliau sudah lama bersedia untuk menjadi seorang suami tetapi beliau tidak mahu bila berkahwin nanti akan timbul pelbagai jenis masalah. Oleh itu, Hans membuat keputusan untuk tunggu dahulu.

Saya tak nak bila berkahwin, ada masalah. Sekarang pun banyak kes yang berlaku dan sebab itu saya rasa lebih baik saya tunggu dulu. Banyak yang kahwin muda dan kemudian macam-macam hal terjadi. Sekarang saya banyak memikirkan hal ini, dulu tak fikir sangat.

Buat masa ini, Hans dan pasangan belum mempunyai tarikh tertentu untuk majlis raja sehari mereka. Hans berjanji beliau akan mengumumkannya kepada umum apabila tiba masa yang sesuai.

Sumber Berita : Utusan Online

April 13th, 2016

Mengakui sudah mempunyai teman istimewa didalam hidupnya kini, Hans Isaac akui beliau sebenarnya sudah bersedia untuk berkahwin.

Namun, buat masa ini Hans masih belum ingin memperkenalkan wanita yang sudah berjaya mencuri hatinya kepada umum. Buat Hans, jika mereka ada jodoh untuk berkahwin pasti beliau akan mengumumkannya kepada umum.

Saya akui memang ada seseorang dalam hidup ini. Namun saya belum bersedia mengumumkan siapakah orangnya. Adakah dia artis atau orang biasa tunggulah masa yang sesuai.

Bukan sengaja hendak mengelak soalan wartawan tetapi saya tidak mahu apa yang pernah saya lalui sebelum ini berlaku lagi. Memang sekarang saya sudah bersedia mendirikan rumah tangga. Andai tiba masa kami hendak berkahwin, saya dan dia akan beritahu kepada semua.

Hans kini tidak mahu cerewet dan hanya mencari kesempurnaan didalam diri seseorang wanita itu. Pada masa yang sama beliau yakin pada usianya dan gaya pemikiran beliau yang sudah matang, Hans boleh menjadi seorang suami yang terbaik.

Ada teman memberitahu, dalam mencari pasangan hidup tidak ada yang sempurna. Mungkin 20 peratus tidak sempurna dan hanya 80 peratus saja.

Sebagai lelaki, sayalah yang perlu berusaha untuk melengkapkannya supaya menjadi sempurna. Dengan usia sekarang dan keyakinan yang tinggi untuk berkahwin, saya juga yakin menyatakan andai saya berkahwin sekarang, saya boleh menjadi lelaki yang penyayang serta suami terbaik.

Berkongsi impian perkahwinannya, Hans berkata, pada hari itu beliau akan memenuhi segala permintaan isteri kerana mengganggap itu hari bahagia isterinya.

Wah, akhirnya Hans Isaac bertemu dengan wanita yang betul-betul sesuai untuk dirinya. Jika benar hendak berkahwin tidak lama lagi, tahniah kami ucapkan kepada beliau. Semoga bahagia sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : Harian Metro