April 18th, 2016

Minggu lepas Hans Isaac mengakui beliau kini sudah mempunyai teman istimewa dan percintaan mereka bakal berakhir dengan perkahwinan tidak lama lagi.

Ramai yang mengucapkan tahniah kepada beliau dan ada juga yang tidak sabar untuk mengetahui siapakah wanita yang bakal menjadi teman hidup Hans.

Namun, ada juga persoalan dimana adakah tidak terlambat untuk Hans berkahwin memandangkan usia beliau kini dalam lingkungan 40 an. Ini jawapan yang diberikan oleh Hans :-

Seandainya saya berkahwin ketika usia saya 34 atau 35 tahun misalnya, saya rasa mungkin saya dah bercerai dah ketika itu. Dulu saya mungkin tak faham mengenai komitmen dalam hubungan kerana tak matang.

Jelas Hans, beliau kini sedar bahawa didalam sesebuah hubungan itu, perlu ada pengorbanan dan perlu juga untuk memahami erti disebalik pengorbanan itu.

Sedangkan dalam sesuatu perhubungan, pengorbanan perlu ada daripada kedua-dua pihak. Saya faham benda tu sekarang. Dulu mungkin saya cakap saja saya faham, tetapi di dalam, adakah saya benar-benar faham? Saya berani katakan ketika itu kalau saya berkahwin, saya mungkin sudah bercerai.

Hans memberitahu beliau sudah lama bersedia untuk menjadi seorang suami tetapi beliau tidak mahu bila berkahwin nanti akan timbul pelbagai jenis masalah. Oleh itu, Hans membuat keputusan untuk tunggu dahulu.

Saya tak nak bila berkahwin, ada masalah. Sekarang pun banyak kes yang berlaku dan sebab itu saya rasa lebih baik saya tunggu dulu. Banyak yang kahwin muda dan kemudian macam-macam hal terjadi. Sekarang saya banyak memikirkan hal ini, dulu tak fikir sangat.

Buat masa ini, Hans dan pasangan belum mempunyai tarikh tertentu untuk majlis raja sehari mereka. Hans berjanji beliau akan mengumumkannya kepada umum apabila tiba masa yang sesuai.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...