April 15th, 2015

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha bakal mendirikan rumah tangga sekitar dua bulan sahaja lagi. Seperti pasangan yang lain,mereka juga harus menjalani kursus perkahwinan sebelum diijabkabulkan. Pada kebiasaannya kursus kahwin akan diadakan secara berkumpulan tetapi Hairul dan Hanis memilih untuk  melakukannya secara privasi.

Dalam minggu ini saya dan Hanis akan mengikuti kursus kahwin tetapi kelas itu hanya kami berdua sahaja. Memang saya yang pilih untuk jalani kursus kahwin secara privasi.

Bercerita mengenai persiapan perkahwinan mereka, pasangan ini sedang menguruskan beberapa persiapan akhir untuk hari pernikahan yang bakal berlangsung pada 5 Jun depan. Hairul pada masa yang sama juga berkata status beliau sebagai tunang orang tidak merubah kehidupannya. Walaubagaimanapun, beliau kini lebih matang dalam menangani masalah sekiranya berlaku perselisihan faham bersama Hanis.

Alhamdulillah, persiapan sudah 80 peratus. Cuma, barang hantaran ada beberapa dulang saja lagi yang belum terisi manakala yang lain semua sudah okay.

Orang selalu kata, tempoh bertunang ini darah manis dan banyak dugaan tapi bagi saya, kami tak ada lalui apa-apa dugaan besar setakat ini.Kalau ada selisih faham pun, hankami cuba selesai dengan cara baik.

Debaran untuk menjadi suami dan isteri tentu ada di hati Hairul Azreen dan Hanis Zalikha. Layari bahtera rumah tangga dengan penuh toleransi, kesabaran, kejujuran serta kasih sayang. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar hendaknya.

 

March 2nd, 2015

Antara ayat-ayat yang sering dikeluarkan apabila seorang selebriti wanita yang akan berkahwin mengambil keputusan untuk bertudung ialah ‘dah nak kahwin baru nak tudung, takut suami tanggung dosa. Habis yang selama ini si ayah tanggung dosa taknak fikir pulak?‘. Memang kejam dan kasar ayat tersebut. Mungkin tanggapan itu bermain di fikiran para peminat apabila Hanis Zalikha mengumumkan yang dirinya kini bertudung sepenuhnya. Namun ternyata niat utama pelakon dan blogger popular ini menutup aurat ialah untuk menggembirakan kedua ibu bapanya, bukannya demi Hairul Azreen semata-mata.

hanis zalikha bertudung Ibu dan ayah mana yang tidak mahu melihat anak dara mereka mengikut tuntutan agama, lebih-lebih lagi sebelum si anak bergelar isteri orang. Pastinya orang yang paling gembira dengan tindakan Hanis Zalikha ini adalah ibu bapanya. Untuk makluman, Hanis telah pun menimbang hasrat untuk menutup aurat ini beberapa bulan sebelum ini. Terharu Abang Nara membaca kata-kata Hanis. Katanya:-

Sebelum saya jadi isteri orang tahun ini, biarlah saya gembirakan ibu bapa dulu dengan menutup aurat. Sebenarnya tak berapa seronok nak cakap banyak mengenai penghijrahan ini sebab saya buat atas tuntutan agama. Saya taknak ulas banyak=banyak sangat pun cuma apa yang boleh saya katakan, ini (berhijab) adalah doa dan galakan ibu bapa saya.

Mereka selalu suarakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Pernah juga saya cuba-cuba belajar dengan bertudung bila keluar dengan mereka cuma saya tak ambil gambar dan berkongsi kepada umum. Hari ini (semalam) saya rasa ia adalah masa yang tepat selepas semua komitmen seni saya selesai, jadi saya nak mulakan yang baru.

Saya masih diri saya seperti dulu. Cuma sekrang mulai bertudung untuk menyempurnakan aurat. Lain-lain aspek itu saya akan belajar sedikit demi sedikit.

hanis zalikha bertudung

Luahan hati yang sama turut dimuatnaik oleh Hanis menerusi akaun Instagramnya.
hanis zalikha bertudung Tahniah diucapkan kepada Hanis Zalikha atas perubahan ini. Semoga semakin murah rezeki hendaknya. Tahniah juga kerana berjaya menggembirakan hati kedua ibu bapa anda. Secara jujur, Hanis memang tampak lebih menawan bertudung. Semoga terus istiqamah. Amin. Sumber Harian Metro.

P.S: Kerjasama dengan 60,000 ekor lebah yang menakjubkan