Written by Bella | October 30th, 2015

Sudah hamil selama 7 bulan dan dijangkakan bakal bersalin sekitar hujung tahun ini, aktres Hanez Suraya bagaimanapaun enggan mendedahkan jantina anaknya sehingga tiba saat kelahiran nanti.

Mempunyai hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan, Hanez juga memberitahu beliau cukup teruja melalui fasa kehamilan kerana dikelilingi oleh orang yang sangat mengambil berat ke atas dirinya terutama sekali suami beliau Romie Razin Adilha yang sering memanjakan Hanez.

Alhamdulillah keadaan saya sekarang terkawal cuma kadang-kadang itu biasalah bayi dalam perut lasak sedikit. Jadi mula menendang perut saya dengan kuat. Kadang-kadang sampai sesak nafas saya dibuatnya. Tapi pada masa sama seronok melayan gelagatnya. Sejujurnya saya cukup bahagia melewati fasa hamil ini.

Dengan keadaan sekeliling yang sentiasa mengambil berat saya dan bayi dalam perut ini, lagilah seronok amat sangat. Rezeki itu pun sentiasa ada. Lagi-lagi suami saya ada di sisi. Mulalah nak manja lebih. Cakaplah apa sahaja nak makan, pasti dapat dan sebab itulah sampai saya sekarang ini bertambah bulat.

Sebagai persiapan untuk bersalin, Hanez sering menonton cara-cara untuk melahirkan bayi menerusi video di YouTube. Malah, beliau juga sudah mempelajari kaedah yang betul untuk memandikan bayi nanti.

Saya juga secara curi-curi melihat video di YouTube untuk melihat cara bersalin. Suami saya tak benarkan kerana saya ini memang penakut. Tapi saya tetap tengok kerana nak belajar cara-cara ‘push’ anak kerana tiada pengalaman.

Saya juga melihat video memandikan bayi. Pendek kata macam-macamlah saya belajar hanya klik di hujung jari.

Setiap wanita akan merasa cuku teruja ketika hamil apatah lagi menanti detik kelahiran anak yang dikandung selama 9 bulan lamanya. Semoga Hanez Suraya dan keluarga terus bahagia dengan kehadiran orang baharu tidak lama lagi.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by Bella | October 26th, 2015

Lama kita tidak dengar sebarang khabar mengenai aktres Hanez Suraya yang kini sedang hamil anak pertama beliau bersama suami Romie Razin Adilha.

Walaupun pada awalnya hubungan mereka mendapat kecaman hebat daripada masyarakat, kini kebahagiaan milik mereka.

Pejam celik, kandungan Hanez sudah memasuki bulan yang ke 5. Memang terserlah baby bump beliau. Hehe.

Jom kita layan beberapa lagi foto baby bump Hanez Suraya. Harap beliau dan kandungan sentiasa sihat.

 
Written by Bella | August 26th, 2015

Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, Hanez Suraya masih lagi dihantui oleh kontroversi lama beliau bersama suami Romie Razin Adilha apabila ada pihak yang tidak senang hati dengan kebahagiaan mereka sekarang.

Pelbagai tomahan dan berita tidak benar disebarkan meskipun Hanez kini sudah hamil anak mereka selama 4 bulan. Namun, buat Hanez  tidak mahu cepat melatah dan memikirkan perkara tersebut  kerana tidak mahu ia dipanjangkan dan menjejaskan masa depannya.

Berbicara mengenai gosip rumah tangga beliau bermasalah hanya kerana satu foto yang dimuat naik oleh beliau di Instagram baru-baru ini, Hanez sedar masih ada lagi pihak yang dengki dengan beliau. Walaubagaimanapun, beliau sama sekali tidak terkesan dengan berita itu dan mengakui bahagia di samping suami tercinta.

Orang luar tak tahu apa yang berlaku, tapi terus menuding jari mengatakan hubungan kami sedang retak. Saya pelik bila sekeping gambar sahaja boleh timbul pelbagai andaian tentang rumah tangga saya.

Memang saya tahu ada individu yang masih dengki dengan saya dan tak mahu lihat saya bahagia dengan perkahwinan ini. Melihat kepada situasi ini, saya sedar orang kita ini memang suka ambil tahu hal orang lain berbanding hal sendiri. Apa pun yang berlaku, jujurnya saya sedikit pun tidak terkesan dengan cerita-cerita tersebut kerana apa yang pasti hubungan kami berada dalam keadaan baik.

Hanez juga sempat meluahkan rasa teruja beliau untuk menyambut kelahiran bayi pertama beliau yang bakal lahir pada hujung tahun ini.  Ditanya mengenai jantina anak mereka, aktres tersebut dan Romie telah membuat keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut buat masa ini.

Setiap manusia ada lakukan kesilapan dalam hidupnya dan jika kita terus menghukum mereka kesalahan tersebut masih tidak dapat diperbetulkan bukan? Doakan sahaja agar Hanez Suraya kekal bahagia dan selamat bersalin tidak lama lagi.

Sumber Berita: Utusan Online

Written by AbangNara | August 18th, 2015

Sedang meniti hari bahagia menunggu detik tibanya cahaya mata sulung hasil perkahwinannya dengan Romie, ada desas-desus yang bertiup menyatakan rumah tangga Hanez Suraya berantakan. Sebelum ini, Hanez enggan mengulas tentang khabar angin tersebut namun berdasarkan gambar yang dimuatnaik oleh Hanez bersama suaminya baru-baru ini, bolehlah kita menganggap yang desas-desus itu palsu semata-mata.

hanez suraya

Enggan membiarkan desas-desus itu bertiup terus kencang, Hanez telah tampil memohon agar pihak luar tidak campur tangan di dalam hal rumahtangganya. Kata Hanez menerusi ManggaOnline:-

Soal itu sebenarnya tak ada apa-apa. Hanez rasa itu normal. Hanez berharap semua di luar itu mendoakan yang terbaik. Dan sekarang, iyerlah Hanez tengah mengandung. Jadi Hanez harap dari pihak suami, dari pihak keluarga tak nak ada gangguan dari pihak luar. Jadi Hanez harap lebih baik kita berdiam saja.

hanez suraya

Biasalah rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Ini semua asam garam kehidupan. Yang penting kita selaku suami isteri tahu perkara sebenar yang terjadi. Selaku selebriti, segala tingkah laku Hanez pasti akan diperhatikan oleh orang luar. Jadi kenalah lebih berhati-hati melakukan sebarang perkongsian di laman sosial. Apa pun, semoga Hanez terus berbahagia di samping suami tercinta. Sama-sama kita doakan agar segalanya berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak. Amin.

iziefashion

 

P.S: Blouse dengan rekaan yang menarik dan sopan di www.iziefashion.com, semua produk adalah READY STOCK. DISCOUNT 5% bagi setiap pembelian & FREE POSTAGE bagi order RM100 ke atas. harga dijamin berpatutan dan semua design boleh dilihat di website IzieFashion, Instagram IzieFashion &  Facebook Iziefashion