Written by Bella | July 29th, 2015

Baru sahaja mendirikan rumah tangga selama empat bulan, timbul gosip yang mengatakan rumah tangga Hanez Suraya dan ahli perniagaan Romie Razin Adilha kini sedang bermasalah.

Walaubagaimanapun, Hanez tidak mahu memberikan sebarang penjelasan ataupun komen lanjut mengenai isu berkenaan kerana beliau perlu menghormati suaminya serta keluarga kedua-dua belah pihak.

Malah, beliau juga tidak mahu ada pihak yang salah anggap dengan kenyataan beliau dan seterusnya menyebabkan sesuatu yang lebih parah pada masa hadapan.

Tiada komen. Ini kerana sekarang saya sudah bergelar isteri orang dan tidak elok untuk saya mengulas tentang perkara tersebut secara terbuka.

Isu dan kontroversi bukan perkara baharu dalam karier saya dan apa yang saya pelajari dari pengalaman lalu adalah jangan cepat melatah dan ambil sikap berdiam diri.

Rumah tangga pasangan ini mula didakwa bermasalah apabila Hanez kerap meluahkan perasaan sedih menerusi beberapa muat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha telah mendirikan rumah tangga pada 14 Mac lalu di Masjid Putra, Putrajaya. Kini Hanez sedang hamil anak pertama mereka bersama.

Sebelum ini Romie mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan pertama bersama bekas isteri, Liyana Manan.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | July 4th, 2015

Hanez Suraya kini sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga dan tidak lama sahaja lagi beliau bakal menimang cahaya mata, aktres yang sudah manis bertudung ini menyatakan rasa syukur atas anugerah yang tidak ternilai ini.

Sama seperti wanita lain yang hamil, beliau juga mengidam makanan tertentu selain mengalami alahan pada peringkat awal kehamilan.

Saya sangat bersyukur dengan anugerah tidak ternilai ini. Kami tidak kisah soal jantina sama ada lelaki atau perempuan kerana yang penting bayi sihat dan cukup sifat.Alhamdulillah, usia kandungan sudah mencecah 3 bulan dan berada dalam keadaan baik.

Seperti wanita hamil lain, saya mengidam nak makan sesuatu, tetapi cari sendiri dan mengalami masalah alahan bau wangian serta masakan. Malah, saya terpaksa sorok semua minyak wangi di rumah.

Pada masa yang sama, Hanez juga menjelaskan khabar angin yang beliau sudah bersara daripada dunia lakonan. Bagaimanapun, beliau mengakui buat masa ini beliau memperlahankan karier seninya untuk memberikan sepenuh perhatian kepada keluarga dan merencana untuk menceburi bidang perniagaan pula selepas ini.

Selepas berkahwin, anak dan suami jadi keutamaan saya. Saya juga menghormati permintaan suami yang meminta memperlahankan aktiviti seni. Namun, cinta saya terhadap bidang lakonan tidak pernah berkurang. Ada tawaran berlakon sebelum menunaikan umrah, tetapi terpaksa saya tolak kerana mahu fokus ibadah dan suami.

Insya-Allah andai ada tawaran selepas ini saya akan terima. Selain berlakon, saya merancang menceburi bidang perniagaan.

Indah je kan kita lihat kehidupan Hanez Suraya sekarang bersama suami tercinta Romie Razin Adilha. Semoga kebahagiaan ini berkekalan dan kasih sayang mereka berdua bertambah dengan kehadiran cahaya mata tidak lama lagi.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by AbangNara | May 1st, 2015

Alhamdulillah. Menerusi perkongsian adik kepada Hanez Suraya iaitu Hanez Safira, isteri kepada Romie Razin itu kini telah pun disahkan hamil. Murah sungguh rezeki pasangan pengantin baru ini. Pastinya Hanez dan Romie sangat teruja dengan berita gembira ini. Hanez sebelum ini telah memaklumkan yang dia ingin menimang cahaya mata sendiri. Kini impian tersebut telah menjadi kenyataan.

hanez suraya hamil

Inilah orang katakan rezeki selepas balik umrah. Pasti kehamilan adalah salah satu doa yang dipanjatkan oleh Hanez Suraya ketika berada di sana. Apa pun, kehamilan Hanez Suraya masih di peringkat awal. Jadi kenalah banyak berehat dan tidak melakukan kerja berat. Semoga segalanya dipermudahkan. Tahniah Hanez dan Romie.

Written by AbangNara | April 1st, 2015

Berkahwin dan terus menjadi ibu kepada 2 orang anak hasil perkahwinan suaminya yang sebelum ini ternyata tidak menjadi penghalang kemesraan antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya. Comel sangat Abang Nara tengok aksi mereka main sorok-sorok belakang pintu. Memang bahagia sangat-sangat. Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada Hanez kerana menjadi seorang ibu yang baik. Insya Allah lepas ini boleh main dengan cahaya mata sendiri pulak. Amin.

hanez suraya dan anak anak tiri

Semoga ikatan rapat dan mesra antara Hanez Suraya dan anak-anak tirinya ini akan berkekalan sehingga bila-bila. Seronok tengok mereka bergelak ketawa sampai terasa nak join main sekali. Budak-budak tue memang sukalah. Ketawa je. Pandai Hanez main dengan budak-budak. Langsung tidak kekok. hanez suraya dan anak anak tiri

Banyak lagi video-video comel mereka bertiga yang telah dikongsikan di Instagram @HanezSuraya. Mesti korang akan suka tengok punya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.