Written by Bella | April 18th, 2019

Dikritik tidak menghormati isterinya, Hanis Zalikha gara-gara video meminta anak ketiga, pelakon Hairul Azreen bagaimanapun memberitahu beliau sedikit pun tidak terkesan dengan komen yang dilemparkan.

Video itu sekadar gurauan beliau  bersama isteri dan ia tidaklah keterlaluan. Hanya ingin meluahkan perasaan rindu. Malah, beliau dan Hanis juga tidak mempunyai sebarang isu mengenai video tersebut.

Kalau orang kenal saya, itu cara saya bergurau termasuk dengan isteri. Netizen bebas untuk cakap apa sahaja. Kalau orang di luar sana terguris hati, apa yang boleh saya katakan, saya tidak boleh puaskan hati semua orang.

Kata Hairul, beliau boleh mendengar kata-kata netizen sekiranya mereka memberikan wang kepadanya.

Saya bahagia dengan hidup. Orang ingin cakap apa, silakan. Saya tidak boleh tutup mulut mereka. Kalau netizen bagi saya duit belanja untuk saya keluarga, mungkin saya akan dengar cakap orang di luar sana.

Terdahulu, bagi sesetengah netizen, Hairul bersikap tidak sopan dan memalukan isterinya apabila berkata ‘mahu buat anak ketiga’ selepas selesai penggambaran filem.

Sumber Berita : Kosmo