August 12th, 2016

Zaman sekarang, masa berlalu dengan begitu pantas sekali bukan? Kadang-kadang tidak sedar rupa-rupanya kita dah habiskan banyak masa melakukan pelbagai benda.

Malah, bayi comel kepada pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar juga sudah memasuki usia dua bulan.

Kalau anda rajin melayari laman Instagram, pasti anda tahu Yusuf mempunyai akaun Instagramnya sendiri dan jumlah pengikutnya sudah lebih 200,000 orang. Wah..

Telatah comel Yusuf boleh mencairkan sesiapa sahaja yang melihatnya. Iyalah, dah la putih gebu, geram juga kami bila melihat beliau. Hehe..

Untuk anda yang  ingin mengetahui perkembangan terbaru Yusuf, berikut kami sertakan beberapa lagi foto dan video  bayi tersebut dengan membaca entri ini sepenuhnya.

July 7th, 2015

Hanis Zalikha yang masih lagi menyesuaikan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri mengakui beliau lebih selesa untuk menjadi seorang pengacara kerana mempunyai waktu kerja yang lebih fleksible berbanding berlakon selain ingin meluangkan masa bersama suami tercinta Hairul Azreen.

Jika beliau ingin berlakon sekalipun, pelbagai aspek yang Hanis perlu ambil kira sesuai dengan imej seorang wanita bertudung. Hanis juga menyimpan hasrat dan merasa lebih teruja untuk bekerja disamping Hairul dalam sesebuah karya.

Untuk saya berlakon, banyak aspek yang perlu diambil berat sekarang memandangkan sudah bertudung dan memegang status isteri orang. Ada juga skrip-skrip yang ditawarkan namun setakat ini, belum ada yang saya mampu penuhi karakternya.

Lagipun sejak berkahwin, saya lebih teruja untuk bekerja dengan suami kerana lebih senang. Bukan meletak syarat perlu ada Hairul jika mahukan saya tetapi jika tawarannya sesuai, apa salahnya.

Tatkala ditanya tentang perasaannya sebagai isteri berkenaan kerjaya Hairul yang juga pelakon, setakat ini beliau meletakkan kepercayaan yang penuh terhadap suaminya itu dan yakin beliau mampu menjaga diri.

Memang wujud sedikit perasaan cemburu tetapi  beliau mengenali Hairul sebagai pelakon maka perlu menerima diri suaminya itu seadanya.

Sekarang Hairul masih dalam fasa bermanja dengan saya. Dia hanya mengambil tawaran berlakon telefilem berbanding drama kerana mahu lebih masa dengan saya. Kalau bercakap tentang adegan-adegan mesra atau panas dengan pelakon wanita, saya tidak perlu meletak syarat kerana Hairul sendiri tahu menetapkan batasan untuk dirinya.

Di awal perkahwinan memang semuanya indah belaka, harapnya Keknis dan Hairul dapat mengekalkan keindahan dalam berumah tangga sehingga akhir hayat dan jangan pernah berhenti untuk mencintai diantara satu sama lain.

Sumber Berita: Kosmo

 

July 3rd, 2015

Baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa minggu lepas, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen kini sedang menikmati hidup sebagai pasangan suami isteri dan pada masa yang sama sedang memahami perangai masing-masing dengan lebih mendalam lagi. Buat Hanis, hidupnya kini lebih meriah dan terisi  selepas mendirikan rumah tangga.

Buat masa sekarang kami masih tinggal di rumah ibu bapa saya sementara menanti rumah kami siap diubahsuai. Alhamdulillah, kehidupan saya lebih seronok dan tambah meriah sebab apa saja yang saya nak buat mesti buat sama-sama dengan suami.

Hanis juga mendedahkan suaminya itu mempunyai sifat manja lebih-lebih lagi jika ia melibatkan soal makanan.

Dia tidak terlalu cerewet bab makan cuma kami masing-masing ada citarasa sendiri. Dia suka makanan bergoreng, saya pula suka makanan seperti sambal atau yang berkuah. Jadi kalau masak, saya akan masakkan apa yang dia suka dan kemudian saya masak juga apa yang saya suka.

Saya juga masih dalam proses ingin lebih kenal dan memahami satu sama lain. Selain dia seorang yang penyayang, baru saya tahu yang dia memang sangat manja. Misalnya, dia dah rasa air tangan saya, jadi dia nak saya saja yang masak untuknya. Disebabkan sikapnya yang terlebih manja, jadi dia tahu bagaimana nak manjakan saya.

Dalam pada itu, Hanis menyatakan beliau menyedari kritikan yang dilemparkan sesetengah pihak sejak kebelakangan ini terhadap sikap Hairul yang dikatakan suka menunjuk-nunjuk gara-gara berbelanja besar untuk majlis pernikahan mereka. Pernah menegur suaminya itu untuk tidak terlalu berkongsikan perihal mereka di laman sosial, Hairul bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri untuk tindakannya itu.

Bukan menunjuk-nunjuk tetapi Hairul sebenarnya seorang yang sangat berusaha dan suka memberi inspirasi kepada orang lain. Saya ada menegurnya tetapi dia beritahu yang niatnya bukan mahu berlagak tetapi sekadar berkongsi dan memberi semangat pada orang lain.

Misalnya apabila dia mencapai sesuatu kejayaan itu, dia rasa dia mahu beri semangat pada orang lain untuk capai apa yang diimpikan seperti mana yang dia dapat.

Memang manis hidup berumah tangga, terasa diri tidak lagi keseorangan dan pasti ada peneman saat suka dan duka.  Malah sikap manja seseorang itu hanya pasangannya yang dapat merasa. Harapnya Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bahagia bersama sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

June 11th, 2015

Majlis perkahwinan pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha berlangsung dengan cukup meriah dan ramai yang mengucapkan tahniah buat pasangan sweet ini. Namun, ada satu perkara yang hangat diperkatakan iaitu tentang hantaran yang diterima oleh Hanis berjumlah RM 91,019.

Mengapa kami cakap isu ini hangat?  Ada beberapa pihak yang telah mempertikaikan kemampuan Hairul untuk memberikan jumlah hantaran yang cukup besar kerana Hairul tidaklah begitu popular dalam industri hiburan setaraf dengan artis lain.

Sedar akan perkara tersebut, Hairul dalam satu kenyataan kepada akhbar Harian Metro mengakui merasa terkilan apabila segelintir pihak mempersoalkan jumlah  wang hantaran yang diberikan kepada Hanis.

Saya tidak faham apabila ada segelintir pihak mempersoalkan wang hantaran dan majlis pernikahan saya sedangkan tetamu yang hadir semuanya gembira. Apa juga perbelanjaan yang diperuntukkan untuk majlis saya dan Hanis adalah hasil kerja keras saya.

Berapa pun jumlahnya mestilah dalam kemampuan saya. Jadi, kenapa harus pertikai. Apa yang saya belanjakan adalah hadiah ikhlas buat isteri dan keluarga. Kalau saya tak mampu takkanlah saya berani mengeluarkan belanja sebesar itu.

Hairul meminta agar perkara tersebut tidak lagi diperbesarkan dan berharap peminat dan orang ramai mendoakan yang terbaik buat isterinya.

Doalah yang baik-baik buat dan Hanis, itu lebih molek daripada membangkitkan isu yang tidak perlu.

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sah menjadi suami isteri pada hari Jumaat, tanggal 5 Jun 2015 didalam satu majlis yang diadakan di rumah Hanis. Jumlah RM 91,019.90 sebagai simbolik kepada tarikh lahir isteri kesayangannya itu pada pernikahan mereka.