Written by Bella | October 13th, 2016

Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman didakwa di didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014.

Difahamkan Vida telah gagal mengemukakan penyata dan gagal membayar cukai barangan terbabit.

Menurut portal The Malay Mail Online, Vida akan didakwa dengan tiga kesalahan berkaitan bayaran cukai melibatkan jumlah keseluruhan hampir RM 4 Juta.

Sebelum ini Vida pernah dihimpit  kontroversi apabila dua produk kesihatan  beliau dibawah jenama Qu Puteh ditarik balik dari pasaran selepas Kementerian Kesihatan Malaysia dan Brunei mendapati ia mengandungi merkuri.

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by serenity | June 7th, 2015

Sebelum ini nama Mawar Rashid menjadi viral kerana tidak mengetahui apa itu Goods and Services Tax (GST) ketika menjawab soalan wartawan untuk pertandingan Dewi Remaja 2014/2015. Akibatnya, dia dikutuk Netizen dan ada yang menggelarnya sebagai ‘bimbo’ kerana waktu itu GST ialah sesuatu yang mendapat liputan dan reaksi meluas.


 photo 11357670_1455967271380542_1298001771_n.jpg

Namun menurut Mawar kepada mStar Online ,biarpun isu itu meninggalkan kesan negatif buat dirinya,ia juga menyebabkan dia diberi tawaran untuk berlakon.

Sebenarnya saya tidak mahu bercakap mengenai isu (GST) ini lagi tetapi benar kontroversi tersebut telah memberi hikmah yang besar buat diri saya.

Saya tahu macam-macam orang kutuk saya sebagai contoh tidak cerdik. Tidak mengapa, itu semua pengajaran buat saya untuk menjadi seorang yang lebih peka terhadap perkembangan semasa.

Jujurnya, saya memang patah semangat gara-gara isu itu, tetapi selepas seminggu, saya mula bangkit dan tolak ketepi anasir-anasir negatif.

Yang saya tahu, saya ingin menjadi seorang yang berguna buat masyarakat dan ingin tampil dengan pakej lakonan yang bagus juga.

Sejak isu tersebut menjadi viral, saya sering menerima tawaran lakonan pula. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat serabut, Allah membuka pintu rezeki saya.


 photo 923858_105881609750018_1792015138_n.jpg

Wajahnya memang boleh tahan. Siapa tahu Mawar ada bakat dan boleh berjaya dalam bidang lakonan pula. Di sebalik sesuatu kejadian negatif, biasanya ada hikmah yang tersembunyi. All the best diucapkan buat Mawar Rashid.

TAHNIAH FESTARI2015!!!Kategori Rampaian TradisionalBusana Terbaik : Sanggar Budaya Miri, SarawakKoreografer Terbaik…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 6 June 2015

Written by AbangNara | April 28th, 2015

Caprice, penyanyi rap yang terkenal dengan lagu Xde Hal Bro telah tampil mempertahankan peserta Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid yang diulit kontroversi berkaitan GST baru-baru ini. Sebelum ini, Mawar Rashid telah dikritik oleh Sharnaaz Ahmad kerana ilmu pengetahuan yang cetek. Iyerlah, maksud GST pun tak tahu. Memang agak memalukan untuk seorang rakyat Malaysia untuk tidak tahu maksud GST ketika ia begitu hangat dibincangkan seluruh negara.

mawar rashid

Akibat video temubual yang telah menjadi viral, nama Mawar Rashid telah menjadi sebutan banyak pihak di laman sosial. Kalau tak silap Abang Nara nama Mawar Rashid siap trending di Twitter. Itu bermakna memang ketidaktahuan Mawar tentang GST menjadi bualan satu negara. Pelbagai kritikan dilemparkan sehingga Caprice menganggap ia adalah satu bentuk buli. Kata Caprice:-

Pertama sekali, saya percaya temubual atau cabaran yang dijalankan adalah dengan cara yang teruk. Saya mencabar anda untuk pergi ke mana-mana kolej sekarang dan bertanya kepada pelajar lelaki mahupun wanita secara rawak mengenai GST sama ada mereka itu sangat cantik atau sangat hodoh.

Dia (Mawar) gagal menjawab soalan tetapi berjaya mengekalkan tahap ketenangannya. Cara pengacara bertanyakan soalan dan membuat video itu untuk ditonton secara umum adalah ke arah berlakunya siber buli. Adakah kita pernah mengambil kira implikasi terhadap mental dan emosi yang boleh berlaku kepada gadis-gadis pada masa akan datang?

mawar rashid

Abang Nara tak tahu sama ada Caprice menonton video tersebut atau tidak. Namun apa yang menjadi persoalan ialah sebelum ditanya maksud GST, Mawar Rashid dengan yakinnya menjawab telah membuat research. Siap ada pakcik lawyer terangkan kepadanya tentang GST. Tup-tup bila disuruh terangkan makna GST (Goods and Services Tax), Mawar Rashid mengaku tak tahu dan siap boleh tanya kat pengacara lagi. Hmmmm. Kalau mengaku dari awal tak tahu kan senang? Tak adalah orang nak marah sangat. Tak gitu? Mungkin video di bawah perlu ditonton oleh Caprice (sila tonton bermula minit 2:35)

Apa pula kata anda? Sumber MalaysianDigest