Belanjawan 2020: Tiada GST, Cukai Perkhidmatan Digital Diperkenalkan

Trending

Belanjawan 2020: Tiada GST, Cukai Perkhidmatan Digital Diperkenalkan

Di dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan, kerajaan tidak berhasrat mengembalikan semula dasar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Tetapi kerajaan akan melaksanakan Cukai Perkhidmatan Digital dan beberapa insentif cukai dan pengecualian untuk merangsang ekonomi negara.

“Ini akan membabitkan perkhidmatan seperti dan tidak terhad kepada muat turun perisian, muzik, video atau pengiklanan digital.”

Bagi pembekal perkhidmatan asing boleh mendaftar dengan Kastam bermula 1 Oktober 2019. Manakala Cukai Perkhidmatan Digital ini akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.

Advertisement

Untuk memastikan struktur cukai pendapatan yang lebih progresif, banjaran baharu bagi pendapatan bercukai melebihi RM2 juta akan diperkenalkan pada kadar 30 peratus iaitu kenaikan dua peratus daripada kadar 28 peratus sedia ada.

Menurut Menteri Kewangan, kenaikan ini akan memberi kesan kepada lebih 2,000 individu berpendapatan tinggi di Malaysia.

Mengenai GST, beliau berkata kerajaan telah berjaya mengembalikan pembayaran balik cukai itu berjumlah sehingga RM15.9 bilion kepada lebih 78,000 syarikat pada akhir September 2019. Manakala bayaran balik cukai berjumlah RM13.6 bilion kepada 448,000 syarikat dan 184,000 pembayar cukai.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...