August 17th, 2009

Cakap banyak tak guna , meh kita layan ajolah gambar-gambar masa majlis nikah deorang.
Tapi Maiza kuar statement, kata

“Saya tak jangka mereka akan bernikah dalam masa terdekat ini.

Apa-apapun saya berserah dan berbalik kepada Allah.




August 7th, 2009

Kami dah agak dah, memang akan jadi macam kes Norman & Sememeh tu, lepas habis bicara kat mahkamah, mesti ada cerita susulan. Ingatan akan amik masa 2 3 bulan, tapi cepat aje,  Akhil dah mengaku rapat ngan Waheeda.

Tapi ini baik punya cover line:

[note]“Anak-anak amat menyukai dia kerana dari dulu lagi mereka minat cara dia..,”

“Yang kita tahu, Waheeda ada ramai peminat kecil kerana dia seorang yang kelakar dan membawakan mesej yang baik iaitu wanita bertudung dan menjaga auratnya.

“Dia juga merupakan salah seorang artis yang tiada masalah untuk dijadikan contoh. Lagipun, dalam dunia ini tiada siapa yang ‘perfect’

“Saya pun rapat dengan dia,” ujar Akhil dengan jujur.

[/note]

Pehh, gilalah dia menyanjung Waheeda. kalau hati dah sayang, nampak yang baik ajalah. Tapi  kalau dah benci, habis kebaikan dan jasa bini lama terus terlupa.

[note]
“Saya sebenarnya tidak suka dengan apa yang dia (Maizawati)  lakukan. Ikutkan dari dulu lagi dia nak buat kerja seperti itu tetapi saya yang tak izinkan. Jadi sekarang dia sudah keluar dari kepompong..itulah yang terlepas.[/note]


aih..abes lepas ni Waheeda pon kena berenti jadi artis lah jawabnya.

[note]
“Kalau nak tahu, itulah Maizawati Zainal. Namun, saya hanya berpesan kepadanya supaya menjaga diri, jangan bersolek tebal dan duduk di rumah dalam tempoh edah ini,”[/note]


Kompem! pasni kita akan nampak Waheeda tidak lagi bersolek tebal, tak kuar rumah dan hanya melayan Akhil ni aja.

[note]
“Apa-apa pun soal jodoh ini saya serahkan kepada Tuhan..kalau ada jodoh saya terima sahaja,” kata Akhil sambil tersenyum.[/note]


Sah!

July 15th, 2009

Keluar dalam  berita harian online  kol 1230 tghari tadi, Akhil Haiy sah bercerai talak satu dengan Maizawati Zainal depan hakim di mahkamah syariah tadi. Akhirnya cerita tiga segi ni, habis noktah.

Hmm, mungkin ini cara terbaik utk Maizawati dan Akhil. Dan juga Waheeda yang jadi orang ketiga tu lah. Apa-apa pon kami harap Maizawati tabah, dan mungkin rezeki dia akan bertambah-tambah lepas ni dengan menjadi celebriti pulak. Pasni Akhil Hayy jangan nak menggedik balik ngan Maizawati kalau tgk x-bini dia ni makin cun melecun dan meletop.

Untuk baca renteten kisah rumah tangga deorang ni. Klik sini.

March 11th, 2009

Kesian betul kami tengok Waheeda nie. Jatuh cinta dengan Akhil Hayy tapi tak boleh nak kawin sebab Akhil Hayy tue laki orang. Bila dah kantoi keluar tengok wayang di tengah malam bersama Akhil Hayy, Waheeda pun bukak mulut ngaku yang dia suka gila-gila punya kat Akhil Hayy tue.

Dengar ceritanya siap dah datang rumah, jumpa bini Akhil Hayy. Mungkin nak mintak kebenaran jadi bini muda kot. Si Akhil Hayy nie pun satu, kalau dah suka tue bagitau jerlah bini yang kau nak tambah cawangan. Apa salahnya kalau berkemampuan.

Cian kat Waheeda tak dapat merasa belaian seorang lelaki bergelar suami walaupun umur dah makin lanjut. Moga-moga cepat ditemukan jodoh.

P.S: Tak gentleman langsung Akhil Hayy. Taknak ngaku hubungan dia ngan Waheeda. Mengaku ajerlah, bukan ramai sangat pun peminat anda. Tak jatuh pun saham.