August 7th, 2009

Kami dah agak dah, memang akan jadi macam kes Norman & Sememeh tu, lepas habis bicara kat mahkamah, mesti ada cerita susulan. Ingatan akan amik masa 2 3 bulan, tapi cepat aje,  Akhil dah mengaku rapat ngan Waheeda.

Tapi ini baik punya cover line:

[note]“Anak-anak amat menyukai dia kerana dari dulu lagi mereka minat cara dia..,”

“Yang kita tahu, Waheeda ada ramai peminat kecil kerana dia seorang yang kelakar dan membawakan mesej yang baik iaitu wanita bertudung dan menjaga auratnya.

“Dia juga merupakan salah seorang artis yang tiada masalah untuk dijadikan contoh. Lagipun, dalam dunia ini tiada siapa yang ‘perfect’

“Saya pun rapat dengan dia,” ujar Akhil dengan jujur.

[/note]

Pehh, gilalah dia menyanjung Waheeda. kalau hati dah sayang, nampak yang baik ajalah. Tapi  kalau dah benci, habis kebaikan dan jasa bini lama terus terlupa.

[note]
“Saya sebenarnya tidak suka dengan apa yang dia (Maizawati)  lakukan. Ikutkan dari dulu lagi dia nak buat kerja seperti itu tetapi saya yang tak izinkan. Jadi sekarang dia sudah keluar dari kepompong..itulah yang terlepas.[/note]


aih..abes lepas ni Waheeda pon kena berenti jadi artis lah jawabnya.

[note]
“Kalau nak tahu, itulah Maizawati Zainal. Namun, saya hanya berpesan kepadanya supaya menjaga diri, jangan bersolek tebal dan duduk di rumah dalam tempoh edah ini,”[/note]


Kompem! pasni kita akan nampak Waheeda tidak lagi bersolek tebal, tak kuar rumah dan hanya melayan Akhil ni aja.

[note]
“Apa-apa pun soal jodoh ini saya serahkan kepada Tuhan..kalau ada jodoh saya terima sahaja,” kata Akhil sambil tersenyum.[/note]


Sah!


Comments are closed.

Loading...