September 22nd, 2011

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 38, telah dihubungi oleh Mstar Online berhubung dengan status hubungannya dengan pelakon dan model kacak, Zain Saidin, 27.

“Saya malas nak jawab tentang cerita ini kerana nanti orang akan kata saya syok sendiri. Lebih baik tanyakan sahaja kepada Zain.

Rozita yang juga mesra dengan panggilan Cik Ta juga menambah,

“Dia merupakan seorang yang baik dan pandai melayan anak-anak saya. Mereka juga sangat menyukai Zain.”

Zain yang dihubungi walau bagaimanapun dikatakan tergelak bila ditanya status hubungannya dengan Cik Ta yang juga pernah dikaitkan dengan Shahir Zawawi itu. Dia menyatakan mereka hanya teman rapat.

“ “Mereka memanggil saya ‘uncle’ dan saya memang suka melayan budak-budak. Mungkin cerita tentang hubungan cinta kami tersebar memandangkan kami sama-sama terlibat dalam drama Kiah Pekasam.”

Sabar sajalah, seperti Cik Ta, kami juga masih menunggu kenyataan yang pasti. Orang kata kalau ada jodoh, tak ke mana.

***

Rakyat Melaka dan pelancong dari luar yang datang ke Melaka,  beramai-ramai ke Festival Hang Tuah pada 23 – 35 September ini di Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. Pelbagai acara menarik seperti demonstrasi persilatan, Pandai besi  (Pembuatan Senjata Melayu), menganyam nipah dan mengkuang, permainan rakyat, pembuatan perahu, pembuatan Setanjak, dan masakan Tradisional Melayu. Aktiviti lakonan semula peristiwa penting di zaman Hang Tuah akan diadakan ketika aktiviti demonstrasi dijalankan.

August 24th, 2010

rcw

Untuk pengetahuan anda semua, minggu lepas kami ada terima jemputan berbuka puasa Astro di Bora Asmara. Dengan hati yang berkobar-kobar, kami pun pergilah. Sedap jugak lauk dia. Terima kasih kepada Astro sebab sudi jemput kami.

Dalam banyak-banyak artis yang datang, Rozita Che Wan benar-benar menarik perhatian kami. Inilah first time kami dapat tengok RCW depan-depan mata. Selama nie cuma dengar orang cakap pasal kecantikan dia yang mengalahkan anak dara. Bila tengok depan-depan mata, memang betul anak dara pun leh kalah dengan gaya dia.

Dari segi penjagaan badan dan wajah, sememangnya wajar untuk kaum wanita meniru Rozita Che Wan ini. Maintain slim beb. Kami kagum. Dan kami rasa bukan senang nak maintain macam nie lagi-lagi kalau anda pernah melahirkan anak. Kami tabik kepada RCW.

Cuma mungkin lain kali lagi bagus kalau tak pakai ketat sangat. Kesian pulak kami tengok macam tersepit je perut tue bila pakai baju ketat camtue. Mungkin RCW selesa kot. Sapa tau kan?

Nanti kami ceritakan pasal program Astro yang bertimbun-timbun sempena Raya nie. Lagi gambar Rozita Che Wan yang nampak biru dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Ada gambar Abang Nara ngan RCW tapi malu nak letak kat sini. Bak enggang dengan pipit pulak.(betul ke peribahasa nie)

rcw

rcw

rcw