April 10th, 2017

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor? Populariti beliau sebagai artis dan usahawan wanita menjadi contoh buat ramai wanita di luar sana. Namun, lumrah hidup seorang artis, Neelofa juga tidak terlepas daripada kritikan dan kecaman netizen. Ada sahaja gosip dan kontroversi melibatkan dirinya terutama sekali soal percintaan.

Antara kontroversi besar dan melibatkan hati pelbagai pihak adalah gosip cinta bersama pelakon Fattah Amin. Sejujurnya, Neelofa akui beliau sebelum ini tertekan dan menganggap ia satu dugaan hebat buat dirinya. Walaubagaimanapun, kini beliau tidak mahu lagi ambil pusing dengan segala kecaman dan komen negatif.

Bohong jika saya tidak tertekan kerana dugaan yang menghimpit kali ini agak berbeza. Ini ujian yang paling berat saya hadapi, terutama kontroversi yang berkait rapat dengan perasaan peminat. Secara jujur, saya sudah tidak kisah atau mengambil pusing lagi apabila berterusan dikecamn dan dicaci peminat.  Sebelum ini saya mudah terasa sehingga berendam air mata tetapi itu sudah saya buang. Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, menguatkan tembok perasaan saya. Kutuk dan kejilah saya tidak kisah lagi.

Menurut Neelofa, setiap kritikan yang melampau datang daripada peminat yang tidak mengetahui cerita sebenar. Mereka terlalu mengharapkan beliau dan Fattah ada jodoh bersama meskipun drama Suri Hati Mr Pilot sudah hampir enam bulan berlalu.

Ada peminat yang tidak berpuas hati lalu mengeji tanpa mengetahui cerita sebenar. Mereka hanya menilai dari luaran. Siapa salah dan siapa betul, orang luar tidak tahu. Kebanyakan peminat suka membuat kesimpulan sendiri. Drama Suri Hati Mr Pilot sudah hampir enam bulan berlalu, tetapi mereka masih mengharapkan kami bertemu jodoh.

Daripada diri sendiri merasa tertekan memikirkan setiap cacian peminat terhadap dirinya, Neelofa sebenarnya sudah mengambil satu tindakan yang tepat untuk tidak terlalu “melayan” komen-komen  negatif. Mulut orang ini kita tidak boleh tutup, jadi lebih baik buat tidak tahu je..

Sumber Berita : Berita Harian

March 13th, 2017

Kebelakangan ini, macam-macam cerita tentang Neelofa hangat diperkatakan terutama sekali kisah cinta beliau. Paling mendapat perhatian ramai adalah keakraban beliau dengan Raja Muda Selangor Tengku Amir, beberapa pihak mendakwa mereka sedang hangat bercinta.

Terbaru, status Neelofa di akaun Twitternya meminta agar segala khabar angin dihentikan mencetuskan persoalan dikalangan peminatnya.

Namun, menerusi akaun Twitter itu juga,  status Neelofa itu juga berkemungkinan ada berkaitan dengan satu berita dimana kononnya Menteri Besar Selangor bakal mengumumkan tarikh perkahwinan Neelofa dengan seorang kerabat diraja.

Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, Neelofa masih belum memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai status Twitternya serta khabar angin tentang pengumuman tarikh perkahwinannya itu.

Bersabarlah Neelofa dengan dugaan seperti ini. Apa-apa pun, jangan berdiam diri dan tampil menafikan berita itu sekiranya ia tidak benar. Kalau diam, lebih banyak spekulasi yang akan timbul.

August 20th, 2014

Penafian daripada sumber istana Kelantan telah pun kita dengari, namun pelakon jelita Neelofa terus mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberikan sebarang komen mengenai gosip perkahwinannya dirinya dengan kerabat diraja Kelantan. Neelofa sekadar mengucapkan ‘selamat hari raya’ sambil berlalu pergi dengan tersenyum manis ketika ditemui di Hotel Sunway Resort sempena majlis pelancaran 1Malaysian Icon. 

lofa sultan kelantan

Pengurus Neelofa, Shawn Amer memaklumkan yang mereka terpaksa bergegas pulang kerana Neelofa mempunyai kelas untuk dihadiri ketika pihak media cuba mengejar pengacara Nona ini untuk mendapatkan komennya. Nampaknya Neelofa masih belum bersedia untuk memberikan sebarang ketenangan mengenai gosip yang bertiup amat kencang ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan apabila Neelofa sudah bersedia kelak. Sumber asal MalaysianDigest.

P.S: Perodua Axia dilancarkan secara rasmi

January 20th, 2013

Pertama-tamanya biarlah Abang Nara memberi penjelasan tentang kononnya diri ini ialah penyokong setia Neelofa. Abang Nara memang minat Neelofa tetapi tak adalah menyokong membabi buta. Abang Nara bukanlah kipas susah mati Neelofa.

neelofa

Banyak cerita Neelofa yang dikeluarkan di sini kerana memang banyak kontroversi yang menyelubungi dirinya. Bukan sebab Abang Nara sengaja nak tulis. Jadi diharap anda semua memahami dan tidak menyalahkan diri ini. Terbaru, Neelofa memberi penjelasan panjang lebar menerusi portal Murai tentang gosip hubungannya dengan seorang jutawan automotif:-

Kadangkala pihak-pihak berkenaan harus lebih bijak dalam membuat sebarang cerita dan melihat semula akibat yang akan terjadi dek dakwaan sebegini. Apa yang dihebahkan itu bukan sahaja akan menjejaskan karier saya. Ia melibatkan ramai pihak apatah lagi usahawan itu merupakan suami kepada selebriti yang juga dikenali ramai. Mana datang cerita sebegini saya pun tidak tahu. Saya minta kalau anda mahu memburukkan sesiapa pun, tolonglah hormat pada hal-hal sensitif seperti rumahtangga. Ini bukan benda yang biasa atau boleh diambil mudah tetapi ia melibatkan perasaan orang lain. Saya tidak mahu komen lebih lanjut kerana saya tidak mahu ianya diputarbelitkan di masa depan. Saya juga terkejut tersebarnya berita seperti ini pada tahun 2013 yang baru sahaja memasuki bulan Januari

neelofa

Kalau anda mengikuti perkembangan dunia hiburan, sudah tentu anda dapat meneka siapakah jutawan automotif tersebut.  Abang Nara pun tak mampu berfikir secara logik bagaimana gosip sebegini boleh timbul. Memang agak tidak masuk akal. Apa pun semoga Neelofa tabah menghadapi kontroversi ini.

P.S: Panda 5 minggu pandai melambai tangan.