Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Sudah Tidak Kisah Dikecam Dan Dikritik – Neelofa

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor? Populariti beliau sebagai artis dan usahawan wanita menjadi contoh buat ramai wanita di luar sana. Namun, lumrah hidup seorang artis, Neelofa juga tidak terlepas daripada kritikan dan kecaman netizen. Ada sahaja gosip dan kontroversi melibatkan dirinya terutama sekali soal percintaan.

Advertisement

Antara kontroversi besar dan melibatkan hati pelbagai pihak adalah gosip cinta bersama pelakon Fattah Amin. Sejujurnya, Neelofa akui beliau sebelum ini tertekan dan menganggap ia satu dugaan hebat buat dirinya. Walaubagaimanapun, kini beliau tidak mahu lagi ambil pusing dengan segala kecaman dan komen negatif.

Bohong jika saya tidak tertekan kerana dugaan yang menghimpit kali ini agak berbeza. Ini ujian yang paling berat saya hadapi, terutama kontroversi yang berkait rapat dengan perasaan peminat. Secara jujur, saya sudah tidak kisah atau mengambil pusing lagi apabila berterusan dikecamn dan dicaci peminat.  Sebelum ini saya mudah terasa sehingga berendam air mata tetapi itu sudah saya buang. Apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, menguatkan tembok perasaan saya. Kutuk dan kejilah saya tidak kisah lagi.

Menurut Neelofa, setiap kritikan yang melampau datang daripada peminat yang tidak mengetahui cerita sebenar. Mereka terlalu mengharapkan beliau dan Fattah ada jodoh bersama meskipun drama Suri Hati Mr Pilot sudah hampir enam bulan berlalu.

Ada peminat yang tidak berpuas hati lalu mengeji tanpa mengetahui cerita sebenar. Mereka hanya menilai dari luaran. Siapa salah dan siapa betul, orang luar tidak tahu. Kebanyakan peminat suka membuat kesimpulan sendiri. Drama Suri Hati Mr Pilot sudah hampir enam bulan berlalu, tetapi mereka masih mengharapkan kami bertemu jodoh.

Daripada diri sendiri merasa tertekan memikirkan setiap cacian peminat terhadap dirinya, Neelofa sebenarnya sudah mengambil satu tindakan yang tepat untuk tidak terlalu “melayan” komen-komen  negatif. Mulut orang ini kita tidak boleh tutup, jadi lebih baik buat tidak tahu je..

Sumber Berita : Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top