October 1st, 2015

Erra Fazira akui beliau masih lagi rapat dengan penyanyi Shahir AF8 dan sekaligus menafikan khabar angin kononnya mereka sudah tidak berhubung lagi.

Walaubagaimanapun, Erra enggan mengulas lebih lanjut mengenai status hubungan mereka meskipun timul beberapa khabar angin yang mengatakan mereka sedang bercinta.

Masih lagi berkawan seperti biasa. Kami masih berada dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Tiada apa yang ingin dikejarkan jadi sebaiknya tempoh itu dimanfaatkan sepenuhnya.

Saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita mengatakan kami sudah tidak rapat itu timbul. Namun, cukuplah saya jelaskan kami masih rapat kerana saya enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara ini.

Memang ramai yang nak tahu status hubungan mereka kerana sudah menjadi kebiasaan seorang wanita dan lelaki tidak mungkin hanya berkawan sahaja. Apa-apapun, biarlah mereka kenal antara satu sama lain dengan lebih mendalam lagi. Ikut sahaja ketentuan takdir.

Sumber Berita: Berita Harian

August 26th, 2015

Hubungan akrab yang terjalin antara Erra Fazira dan juara Akademi Fantasia 8, Shahir sering menimbulkan tanda tanya jika mereka sebenarnya pasangan kekasih. Malah, kedua-dua mereka juga enggan memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan. Baru-baru ini pula, timbul khabar angin mengatakan mereka sudah putus cinta.

Walaubagaimanapun, menurut Shahir dalam kenyataan terbaru beliau di Berita Harian beliau merasa agak terkejut sewaktu mendengar berita sudah renggang dengan Erra, jelasnya  mereka berdua masih lagi rapat seperti biasa.

Meskipun beliau kini menetap di Perak dan Erra pula di Kuala Lumpur mereka masih lagi bertanyakan perkembangan antara satu sama lain melalui telefon bimbit.

Saya sendiri tak tahu menahu kenapa wujud cerita itu. Sumbernya sendiri tak berani untuk dedahkan nama. Jadi saya anggap penulisan itu hanya sekadar usik usik atau andaian semata mata. Yang pasti tiada apa yang berubah.

Oleh kerana saya di kampung (Perak) dan dia di ibu kota, kami banyak berkomunikasi di telefon bimbit.

Baik Erra Fazira mahupun Shahir sendiri tidak pernah mengaku mereka sedang bercinta, mungkin juga hubungan mereka sememangnya tidak lebih daripada kawan. Tidak salah juga untuk seorang wanita mempunyai seorang kawan lelaki yang rapat dengannya tanpa sebarang hubungan istimewa.

Sumber Berita: Berita Harian

August 10th, 2015

Tidak pernah mengakui sedang bercinta meskipun gosip mengenainya tersebar, Erra Fazira dan Shahir bagaimanapun tidak pernah menafikan mereka berkawan baik. Namun, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, mereka dikatakan tidak lagi bersama.

Erra sudah lama tidak menerima sebarang panggilan telefon atau menjawab SMS daripada Shahir.

Mungkin sebelum ini Erra tidak mahu mengiyakan gosip mereka sedang bercinta kerana tidak mahu menimbulkan fitnah atas perkara yang belum pasti.

Dalam hubungan pasti akan ada pasang surutnya, jika khabar angin ini benar biarlah Erra Fazira dan Shahir memikirkan hala tuju hubungan mereka selepas ini dan menilai kembali segalanya sepanjang mereka berkawan. Doakan yang terbaik buat mereka, kami tahu ramai peminat Erra yang ingin melihat beliau bahagia.

Sumber Berita: Harian Metro