October 13th, 2011

Peminat suka kalau mereka berdua bercinta. Tiz Zaqyah pun ada memberikan bayangan dia merindui seorang lelaki di Facebook dan baru-baru ini SS dari Harian Metro menampilkan cerita mengenai Tiz yang datang ke lokasi penggambaran Remy membawakan makanan dan bersuap-suap makanan pula dengan hero kacak itu.

Tapi bila ditanya mereka berkata sekadar kawan. Main teka-teki. Tapi kalau kita boleh campur 1+1 jadi dua, kita juga boleh meneka maksud dari status-status Tiz di Facebook.

Gembira lepas dapat suap makanan kat abang ke? Jangan marah Tiz, kami usik-usik saja. RITZ forever.

***

Jangan lupa temujanji anda untuk sama-sama memeriahkan lagi Festival Dikir Barat Perdana 2011 ~ Himpunan Juara-Juara Dikir Barat & Pergendangan Perdana bertaraf “Malaysia Book of Records” pada 17 Oktober 2011 (Isnin) bertempat di Auditorium Kompleks JKKN Kelantan, pukul 8.30 malam. Masuk percuma! Untuk maklumat lanjut hubungi 09 – 741 7000.

December 20th, 2010

tiz zaqyah

Angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba melayang seketul email ke inbox kami yang menitipkan gosip percintaan Tiz Zaqyah dengan seorang anak ahli Parlimen. Kami dengan pantas membuka link-link yang diberikannya. Agak menyeramkan jugak membaca tulisan-tulisan yang ada di link tersebut. Siap ada cerita yang menyatakan sebenarnya Tiz sudah bertunang dengan anak ahli Parlimen tersebut.

Dan kami hampir tergelak membaca salah satu tulisan yang menyatakan Tiz Zaqyah telah terbang ke Switzerland bersama dengan anak ahli Parlimen tersebut. Katanya diorang berdua bercuti ke Switzerland untuk berbulan madu. Apabila membaca tulisan tersebut, kami percaya yang ini hanya satu khabar angin yang ingin menjatuhkan Tiz ataupun anak ahli Parlimen tersebut.

Kalau kami jadi Tiz, sudah tentu tertekan dengan gosip-gosip cinta yang wujud di sekelilingnya. Sekejap dengan Remy Ishak, sekejap dengan anak ahli Parlimen. Susah jadi orang yang cantik dan popular. Semua orang nak mengorat. Kami doakan agar Tiz tabah dan terus meningkatkan prestasi dengan lakonan-lakonan yang lebih mantap.

Bak kata salah seorang kawan kami, persetankan semua gosip-gosip murahan sebegini. Yang penting, kita happy ~~