March 23rd, 2018

Semalam, pemuzik Ude Wahid mendakwa hubungannya dengan bekas isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh, 29, telah bermasalah sejak dua tahun lepas. Dia juga mendakwa Intan telah mengaibkan dirinya sebagai suami dan meminta Intan menghentikan apa yang digelarnya ‘drama air mata untuk menagih simpati orang ramai’.

Melalui IG Story, Intan telah bertanya mengenai Gempak Superstar. Ini menimbulkan spekulasi Netizen bahawa Gempak Superstar yang pernah disertai oleh Izreen Azminda pada tahun 2016 ialah titik permulaan ‘hubungan bermasalah’ yang didakwa oleh Ude. Ude merupakan pemuzik dalam rancangan itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Netizen juga berspekulasi bahawa Ude dan Izreen telah bercinta sejak 2016 iaitu dua tahun lepas berdasarkan laporan Miss J di Utusan Online pada April tahun yang sama bahawa Izreen mempunyai kekasih baru tetapi terpaksa merahsiakan hubungan itu.

Izreen Azminda Ada Kekasih Baharu?

Rata-rata Netizen mempersoalkan kenyataan Ude Wahid dan ada yang menyatakan ia tidak berasas kerana anak bongsu mereka hanya berusia setahun. Malah mereka menyambut ulangtahun kelahiran dan hari raya sekitar Jun dan Julai tahun lepas dengan bahagia dan tanpa sebarang masalah seperti yang dizahirkan dalam dua video di bawah.

Seorang Netizen menulis:


Pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu semalam di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Sebelum itu, Ude telah berkahwin secara rahsia dengan Izreen Azminda sekitar Ogos 2017 dan memfailkan perceraian buat isteri pertamanya Intan Liana pada 30 November 2017, dua minggu setelah rahsia itu diketahui Intan. – beautifulnara.com

 

May 20th, 2016

Mendapat tempat terakhir dalam program nyanyian Gempak Superstar baru-baru ini, ada pihak yang mendakwa Nazim Othman terlalu kecewa sehingga tidak hadir pada sidang media yang diadakan selepas konsert akhir program tersebut.

Walaubagaimanapun, Nazim menafikan spekulasi berkenaan dan beliau berniat mahu pihak media fokus pada juaranya sahaja.

Itu sekadar spekulasi. Lagipun sidang media diadakan sebaik sahaja program tamat. Sekiranya saya dapat tempat kedua sekalipun, saya tetap tidak akan hadir ke sidang media itu. Biarlah keutamaan diberikan kepada juara. Pasti ada banyak soalan yang ingin diajukan kepada pemenang utama, jadi saya dahulukan dia.

Nazim tidak mencemburui rakan-rakan beliau yang lain, cuma kecewa dengan dirinya sendiri atas kekalahannya.  Menurut Nazim beliau sudah menghancurkan harapan peminat yang melabur wang untuk mengundi beliau.

Ya, saya kecewa kerana kekalahan saya menghancurkan harapan peminat yang menyokong dan melabur wang untuk mengundi saya hingga ke minggu final.

Saya kalah tetapi masih menang di hati peminat yang tidak berhenti memberi sokongan moral selepas keputusan diumumkan. Itu sudah cukup melegakan perasaan. Jadi saya bersyukur.

Kalah atau menang bukan ukuran untuk menilai bakat nyanyian seseorang, lagipun malam itu Nazim Othman sudah buat yang terbaik cuma bukan rezeki beliau untuk menang. Siapa tahu, selepas ini ada peluang lain untuk Nazim ceburi bidang nyanyian?

Sumber Berita : Harian Metro

May 16th, 2016

Tahniah diucapkan kepada Siti Elizad yang berjaya menjadi juara  Gempak Superstar dalam pentas akhir program tersebut yang bersiaran secara langsung di Pinewood Studios, Johor Bahru.

Elizad berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah RM100,000.

Pada persembahan pertama, Elizad membawakan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi dan beliau turut menyanyikan lagu Ketulusan Hati pada persembahan kedua.

Tidak dinafikan, ramai penonton yang mengalirkan air mata pada persembahan kedua Elizad kerana ia ditujukan khas buat ibu beliau yang sudah meninggal dunia.

Naibn juara pula dimenangi oleh Sherry Ibrahim sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.

Tempat ketiga dimiliki oleh Arja Lee manakala tempat keempat dirangkul oleh Soffi Jikan. Masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Manakala Nazim Othman diumumkan sebagai pemenang tempat kelima dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5000 berserta trofi.

Sejak awal lagi, Siti Elizad berada di tempat pertama didalam carta undian. Ditambah pula dengan persembahan yang agak mantap dan tidak begitu mengecewakan, ia sudah menjadi rezeki beliau untuk menjadi juara. Tahniah sekali lagi kami ucapkan.

Sumber Berita : Astro Gempak

May 16th, 2016

Nazim Othman dan Bella Dally mengakui mereka sudah sah bertunang dan akan berkahwin selepas beberapa tahun bercinta.

Namun, peminat mereka merasa sedikit kecewa apabila pasangan itu sehingga sekarang masih belum mendedahkan tarikh sebenar majlis raja sehari mereka.

Walaubagaimanapun, menerusi ruangan Diva di portal Kosmo, khabarnya Nazim dan Bella mungkin akan berkahwin dalam masa terdekat kerana Nazim sudah menempah baju perkahwinan mereka berdua.

Pasangan ini dikatakan bakal mengenakan busana khas rekaan eksklusif Rizman Ruzaini. Perkara itu ada benarnya apabila Nazim juga baru-baru ini ada memuat naik foto beliau sedang berjumpa dengan Rizman yang merupakan pereka baju perkahwinannya.

Biasanya kalau dah tempah baju kahwin, maknanya majlis perkahwinan seseorang itu sudah semakin hampir. Tidak mustahil Nazim Othman dan Bella Dally akan bernikah pada penghujung tahun ini.

Kita biarkan sahaja mereka lakukan segala persiapan sebelum mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada semua.

Sumber Berita : Kosmo Online