November 25th, 2016

Tentu anda semua sudah tahu tentang isu hangat dimana ada peserta Gegar Vaganza 3 bertindak untuk menukar lagu tugasan yang diberikan dengan lagu pilihan mereka sendiri. Ramai yang tidak berpuas hati apabila ada artis yang bersikap tidak berani menyahut cabaran dan tidak menghormati senarai  lagu pilihan media.

Isu ini turut mendapat perhatian bekas peserta GV 2 iaitu Nassier  Wahab yang terkejut apabila ada artis GV3 boleh menukar lagu.

Nassir  menerusi ruangan komen di laman Facebook milik peminatnya telah meluahkan pendapat beliau berhubung isu hangat tersebut.  Walaubagaimanapun, komen Nassier tidak merujuk kepada sesiapa dan ia adalah secara am sahaja.

Tidak dinafikan kontroversi GV 3 kali ini agak hangat bukan?

Sumber Berita : Media Hiburan

November 23rd, 2016

Gegar Vaganza 3 tidak kami nafikan penuh dengan cerita panas dan kontroversi yang melibatkan artis-artis yang menyertai program berkenaan.

Namun, disebalik kontroversi GV3 ia sebenarnya memberikan impak positif buat penajanya, Datuk Seri Vida yang menggunakan peluang berkenaan untuk mempromosikan produk Pamoga Qu Puteh.

Sudah menjadi lumrah apabila berlaku satu-satu kontroversi yang membabitkan artis di GV3, orang akan terus memberi perhatian pada program tersebut dan di situ saya mengambil peluang untuk mempromosikan produk saya kerana ini adalah matlamat asal saya menaja.

Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati Vida, beliau merasa kasihan dengan artis-artis yang terpaksa berhadapan dengan netizen yang mengkritik mereka tanpa mengetahui perkara sebenar.

Pun begitu, itu tidak bermakna saya mengalu-alukan kehadiran kontroversi  sebaliknya jauh di sudut hati saya berasa amat kasihan pada artis-artis ini kerana terpaksa berhadapan dengan netizen-netizen yang hanya tahu menghukum tetapi tidak tahu kisah sebenar.

Tambah Vida, beliau akui sebahagian besar penonton GV3 menonton program realiti berkenaan hanya kerana kisah-kisah sensasi artis.

Tidak saya nafikan program Gegar Vaganza ini terus ‘meletup’ kerana orang-orang kita tidak sekadar mahu menonton nyanyian artis-artis kesayangan mereka tetapi mahu melihat lebih daripada itu.

Justeru bila ada ‘drama’ di mana kisah-kisah peribadi artis mula diperkatakan, ini menjadi sebahagian kenapa program ini terus diberi perhatian.

Kalau sudah otak berniaga, tentu setiap peluang yang ada akan digunakan untuk melariskan produk. Kontroversi artis GV3 boleh tahan juga, lepas ini nampaknya bertambahlah pengguna produk Datuk Seri Vida.

Sumber Berita : mStar Online

November 22nd, 2016

Gagal mendapat imuniti daripada penaja Datuk Seri Vida pada malam konsert Gegar Vaganza Ahad lalu, penyanyi Elly Mazlein berharap peminatnya tidak terlalu kecewa.

Elly mengulas mengenai isu imuniti tersebut apabila peminatnya tidak berputus asa mahu mengundi namanya di laman sosial Gegar Vaganza dan Facebook milik Datuk Seri Vida  agar Elly dimasukkan semula dalam pertandingan itu.

Sudah pasti ada hati yang kecewa dengan keputusan itu, walau macam mana pun rezeki itu Allah yang menentukan, buat macam mana pun kalau ia bukan rezeki kita, ia bukan rezeki kitalah.

Setiap keputusan atau apa yang berlaku ada hikmahnya, kita doakan yang baik-baik sahaja dan teruskan kehidupan ini. Kepada peminat saya, janganlah terlalu kecewa, biar usaha dan kalah daripada kita tidak berusaha dan kalah.

Pada masa yang sama, Elly mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong beliau.

Buat peminat saya, terima kasih atas jasa baik anda semua yang tidak pernah putus asa dan banyak berusaha demi saya.

Bak kata Elly, sudah tiada rezeki untuk beliau kembali ke program berkenaan. Mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.  Lagipun, rezeki Elly diluar sana semakin murah bukan?

Sumber Berita : mStar Online

November 21st, 2016

Elly Mazlein ataupun kini lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom melalui episod kontroversi yang agak hangat sepanjang bulan ini. Bermula daripada kes beliau tarik diri di GV 3 sehinggalah dilabelkan sebagai selebriti yang hanya berdrama di atas pentas dan kemudiannya dikatakan menjadi bahan sindiran oleh seorang pengacara popular.

Pada masa yang sama Elly turut menerima kecaman daripada netizen yang menganggap beliau terlalu sensitif dalam beberapa isu yang melibatkan dirinya.

Namun, menurut Elly beliau seorang yang mudah bertolak ansur dan tidak terlampau sensitif seperti yang didakwa.

Takkanlah tiba-tiba saya nak sensitif tidak tentu hala apabila dikaitkan dengan cerita-cerita tertentu. Saya bukannya budak-budak lagi, sudah jadi emak budak pun. Apatah lagi ketika ini, pada saat saya diterima semula dalam industri hiburan sudah pastilah saya mahu berbuat baik dengan semua orang.

Tambah Elly, beliau tidak pernah mahu berdrama ataupun berpura-pura manja.

Mungkin ada orang yang tidak boleh menerima pendekatan saya yang dikatakan lembut dan manja itu. Tapi nak buat macam mana, itulah diri saya yang sebenar.  Saya bukannya sengaja nak buat-buat lembut di depan khalayak. Itu yang orang ingat saya ini kuat ‘propa’ dan penuh dengan ‘drama swasta’ sepanjang masa.

Nak buat macam mana, saya tak boleh nak memuaskan hati semua orang. Terpulanglah penilaian mereka. Saya tidak berdrama dalam hal membabitkan periuk nasi saya. Saya juga bukan jenis meminta simpati orang dengan suratan takdir yang berlaku dalam kehidupan saya.

Ramai sebenarnya tidak gemar membaca artikel tentang Elly tetapi mungkin apa yang kita nampak di kaca tv tidak sama dengan realiti sebenarnya. Cuba kalau anda berada di tempat Elly, tentu anda juga akan tertekan apabila dihentam daripada setiap sudut.

Sumber Berita : Utusan Online