Written by serenity | February 12th, 2018

Usahawan yang juga tampil dengan Datuk Seri Aliff Syukri dalam lagu duet Ábang Nak tegur’, Nur Sajat, yang terpalit beberapa kontroversi sejak kebelakangan ini telah hadir ke malam Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) malam tadi. Apa yang menarik, Sajat melalui Instagram mendakwa tidak sangka namanya menjadi jeritan di seluruh dewan oleh penonton yang teruja dengan kehadirannya.

Sajat menulis:

Sajat dah lama tak pergi event macam ini,walaupun di kecam hebat pelbagai kontervesi bulan lepas,tetapi malam tadi…sajat rasa macam tak percaya,satu dewan menjerit2 panggil name sajat… tq uols semua… sajat hargai anda semua.. haters dan fans sajat.. i love tou.. muahhh?????? #Repost @hangatmalaysia ??? Paling mencuri perhatian di AJL32, lambaian Miss World dari @nursajat02 . Well she nailed it guys!! #nursajat #janganmengata #ajl32

A post shared by NUR SAJAT COACHYIN (@nursajat02) on


Sajat mengenakan gaun berkilau dari Viva La Gia manakala solekannya ialah hasil tangan Gie Ismail.

Sememangnya gaun Sjaat nampak sesuai sekali dikenakan untuk tubuhnya yang tinggi lampai itu. Boleh dikatakan kehadiran Sajat menyerikan majlis malam tadi. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

Written by serenity | November 2nd, 2017

Gaun Ratu Cantik Malaysia, Samantha Katie James, yang diinspirasikan dari nasi lemak untuk pertandingan Miss Universe ke-66 menarik perhatian ramai sejak didedahkan beberapa hari lepas.

Dicipta oleh pereka Brian Khoo, makanan nasional yang menjadi kegemaran rakyat ini menampilkan gaun sutera putih yang disulam manik bagi menggambarkan nasi lemak kukus. Ia lengkap dengan daun pisang, sambal tumis, ikan bilis, telur rebus dan hirisan timun.

Ada yang berpendapat gaun seperti itu sangat sesuai untuk perarakan tetapi bukan pertandingan ratu cantik.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | November 9th, 2015

Malam semalam telah berlangsung Anugerah Skrin 2015 yang menyaksikan penggiat industri hiburan dalam bidang lakonan dan pengacaraan diberi penghargaan. Ramai selebriti mengambil kesempatan melaram dengan tema ‘hitam emas’ untuk majlis tersebut. Majlis ini juga menjadi kemunculan pertama pasangan Yusri dan Lisa Surihani dalam program rasmi setelah mendapat cahaya mata pertama mereka, Yehaira Leanne.

Antara pakaian yang menarik perhatian pada malam tersebut ialah pakaian rekaan Fizi Woo oleh Neelofa, jubah yang dikenakan oleh Eja, gaun labuh yang digayakan oleh Ayu Raudhah dan ramai artis lagi mengenakan pakaian rekaan pereka fesyen terkenal.

 photo 11253928_532083700302004_551725820_n.jpg
 photo 12063221_734366156696614_175017273_n.jpg

Lagi 55 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar #ASK2015.

 
Written by serenity | September 30th, 2015

Pasti ramai berpendapat entri ini tidak sesuai untuk disiarkan di BeautifulNara kerana ia bukan berkenaan artis, namun sebenarnya ia sedikit terkait dengan seorang artis maka kami menulisnya di sini.

 photo design.jpg

Seorang wanita di Twitter mendakwa membayar sebanyak RM 380 untuk membeli sehelai gaun yang dijahit oleh seorang pereka yang dikatakan berhutang dengan Eina Azman. Bagaimanapun, dia mendedahkan rekaan baju itu terlalu biasa untuk harga yang dibayarnya lalu mendedahkan tentangnya melalui Twitter.

 photo 1.png
 photo 2.png
 photo 3.png
Okay, abaikan tatabahasa Inggerisnya, ini ialah sesuatu yang menarik untuk dibincangkan. Harga RM 380 untuk satu pakaian yang cantik dari seorang pereka yang pernah bekerja untuk selebriti sememangnya murah.

Jadi ada yang menganggap hasil itu sesuai dengan harga yang sudi dibayar oleh wanita yang mengupah tersebut. Namun begitu, untuk berlaku adil, hasil kerjanya sememangnya agak mengecewakan, seolah-olah rekaan yang biasa dilihat dijual di pasar-pasar malam dan boleh dikatakan mahal untuk harga RM 380. Apa pendapat anda?

Lihat gambar yang lebih jelas dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Hi! let’s join the Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 on 15-20 October, at NU Sentral, Kuala Lumpur.You will…

Posted by Festival of ASEAN Cultural Expressions 2015 – 15-20 Oct 2015 on Tuesday, 22 September 2015