April 3rd, 2015

Kalau diikutkan populariti kumpulan Slam, pastinya Zamani mempunyai sejumlah wang yang agak banyak di dalam akaun banknya. Hampir kesemua lagu nyanyian Zamani berhantu, dijual dengan banyak dan seringkali dimuatturun. Namun apabila bercakap tentang royalti, kebiasaannya hanya penulis dan pencipta lagu sahaja yang mendapatnya. Sementara penyanyi seringkali mendapat bayaran secara ‘one off payment’.

Hari ini kecoh sebentar dunia hiburan apabila peguam Zamani iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar mendedahkan bahawa simpanan penyanyi ini lesap. Ahmad Zaharil telah memaklumkan yang Zamani telah bertanya ke mana perginya wang di dalam bank akaunnya.

zamani slam

Ada yang pelik kenapa perkara tersebut dibangkitkan oleh peguam Zamani dan mempersoalkan keikhsan Ahmad Zaharil membantu penyanyi tersebut. Namun Ahmad Zaharil ada penjelasan tersendiri.

zamani slam

Tampil mahu menjelaskan keadaan tentang kontroversi wang lesap ini, pengurus peribadi Zamani Slam iaitu Aalan Ahmad memaklumkan dakwaan Ahmad Zaharil itu tidak berasas sama sekali. Malah Aalan Ahmad turut mempersoalkan sama ada pertanyaan tentang wang itu betul-betul datangnya dari mulut Zamani. Kata Aalan:-

Saya sudah bersama Zamani sejak 1994 dan dia tidak pernah cerita apa-apa kepada saya tentang kehilangan wang daripada akaun banknya. Persoalan di sini adakah benar kenyataan itu datang daripada mulut Zamani sendiri? Saya sudah bersama Zamani terlalu lama dan kenapa sekarang baharu isu sebegini ini ditimbulkan. Sekiranya benar apa yang didakwa itu keluar daripada mulut Zamani sendiri, lakukan siasatan kerana sebagai peguam dia lebih mengetahui caranya

zamani slam

Biarlah Zamani fokus kepada pemulihan daripada dadah terlebih dahulu. Kalau boleh jangan bebankan pemikirannya dengan benda-benda sebegini. Duit memang penting. Kalau ada rasa penyelewangan berlaku, terus buat laporan polis. Bekukan akaun terlibat dan buat penyiasatan. Kesian pula Zamani nanti dah pulih dan nak guna duit tiba-tiba duit dah hilang entah ke mana. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

Advertisement
April 27th, 2009

Lama siot tak dengar khabar berita si Zamani Slam nie. Teringat zaman kegemilangan diorang masa sekolah menengah dulu. Memang tangkap leleh dengar lagu Slam.

Kembali Terjalin, Nur Kasih, Gerimis Mengundang dan banyak lagilah lagu-lagu yang memang tangkap jiwang baik punya. Kepada mereka-mereka yang tak pernah dengar lagu Slam, silalah tengok video di atas dan jatuh cinta dengan kehebatan suara Zamani.

Mari bergosip sekarang ini. Dengar ceritanya Zamani dah pun berkahwin. Tak tahulah betul ke tidak. Dulu masa zaman kegemilangan Slam, Zamani nie pernahlah digosipkan dengan Siti Nurhaliza. Memang orang kata, sama cantik, sama padan dan sama sedap suaranya.

Kalau betullah dah kahwin, tahniah kami nak ucapkan kepada Zamani. Kalau boleh si isteri bagilah kata-kata perangsang suruh Zamani buat album balik. Rindulah nak dengar suara Zamani.

Advertisement