April 27th, 2009

Lama siot tak dengar khabar berita si Zamani Slam nie. Teringat zaman kegemilangan diorang masa sekolah menengah dulu. Memang tangkap leleh dengar lagu Slam.

Kembali Terjalin, Nur Kasih, Gerimis Mengundang dan banyak lagilah lagu-lagu yang memang tangkap jiwang baik punya. Kepada mereka-mereka yang tak pernah dengar lagu Slam, silalah tengok video di atas dan jatuh cinta dengan kehebatan suara Zamani.

Mari bergosip sekarang ini. Dengar ceritanya Zamani dah pun berkahwin. Tak tahulah betul ke tidak. Dulu masa zaman kegemilangan Slam, Zamani nie pernahlah digosipkan dengan Siti Nurhaliza. Memang orang kata, sama cantik, sama padan dan sama sedap suaranya.

Kalau betullah dah kahwin, tahniah kami nak ucapkan kepada Zamani. Kalau boleh si isteri bagilah kata-kata perangsang suruh Zamani buat album balik. Rindulah nak dengar suara Zamani.


Comments are closed.

Loading...