August 7th, 2017

Amboi meriahnya “Family Bollywood Henna Night” Ummi Nazeera dan Mohd Izzar ini. Abang Nara pun turut sama merasai kemeriahannya walaupun sekadar melihat dari gambar sahaja. Suka Abang Nara melihat senyuman riang yang terpancar di wajah pasangan suami isteri ini dan para tetamu mereka. Semoga kebahagiaan ini berkekalan buat selama-lamanya.

ummi nazeera

Lagi beberapa keping gambar sekitar “Family Bollywood Henna Night” Ummi Nazeera dan Mohd Izzar yang telah dianjurkan oleh abang Ummi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Instagram Ummi Nazeera.

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

ummi nazeera

November 11th, 2014

Pergh~~ Ummi Nazeera sejak bertudung ini sememangnya makin jelita, menawan dan membuatkan ramai jejaka jatuh cinta. Memang sedap sangat mata memandang. Maka beruntunglah si lelaki yang bakal menjadi suami pelakon hebat ini. Tak sabar rasanya nak menunggu saat itu. Nak tahu juga jejaka manakah yang berjaya mencuri hati Ummi Nazeera.

ummi nazeera

Ummi Nazeera ini bila tersenyum memang boleh mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Apa pun, Ummi Nazeera sejak kebelakangan telah mula menghadiri majlis-majlis hiburan seperti Anugerah Skrin 2014 dan Konsert EH!. Adakah Ummi akan kembali berlakon semula? Rindu juga sebenarnya nak melihat kelibat lakonan Ummi. Pada pendapat Abang Nara, Ummi antara pelakon yang amat berbakat.

ummi nazeera

Lagi beberapa gambar Ummi Nazeera dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Ummi Nazeera.

P.S: Gelagat comel seekor landak

ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera

August 25th, 2014

Setahu Abang Nara, sejak penghijrahan dan kepulangannya ke Malaysia, Ummi Nazeera tidak pernah berkongsi mengenai kisah penghijrahannya di mana-mana media. Pasti ramai yang tertanya-tanya kisah di sebalik perubahan 100% Ummi yang kini menjadi contoh kepada orang ramai. Bercakap secara ekslusif sebagai duta The Bidadari yang akan dianjurkan pada 30 & 31 Ogos ini, Ummi Nazeera telah berkongsi serba sedikit mengenai kisah penghijrahannya untuk dijadikan teladan buat kita semua.

ummi nazeera

Langkah pertama penghijrahan Ummi Nazeera telah bermula di Melbourne, Australia ketika pelakon ini melanjutkan pengajian di sana. Ummi mengakui yang dia telah lupa huruf tulisan Arab sekaligus membuatkan dirinya tidak mampu membaca Al-Quran walaupun pada usia muda ibu bapanya telah membantu sepatutnya. Bermula 3 tahun yang lalu, Ummi mula mencari agama, belajar Al Quran, mendengar tazkirah dan menghadiri kelas-kelas agama.

Antara kata-kata yang cukup menarik telah dikongsikan oleh Ummi Nazeera ketika ditemuramah sempena program The Bidadari 2014 ialah:-

Alhamdulillah, saya mula berhijrah Mei 2013. Berhijrah sepenuhnya dalam segi luaran.
But the changes is actually gradually. Step by step since I first moved to Melbourne 4 years ago..

Saya masih cuba berhijrah sekarang. Masih banyak kelemahan, especially my desires, my within, my heart, my tongue, my eyes and my ears. All of these are my jihad. Masih cuba berubah ke kebaikan.

Respon saya, I felt great and complete Masha Allah ! I was always crying and so thankful sebab Allah tidak ambil nyawa saya sebelum saya menutup aurat.

Up until now, I always think to myself and thank Allah because I’m still alive and been given the chance to repent my past mistakes..

May Allah take me when He is pleased with me.

ummi nazeera

Banyak lagi pengalaman-pengalaman menarik yang akan dikongsikan oleh Ummi Nazeera di program The Bidadari 2014 yang akan berlangsung pada 30 dan 31 Ogos ini. Kalau nak dengar secara ‘first hand’ daripada Ummi, kenalah beli tiket yang sangat berbaloi harganya. Anda boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang program yang telah mengubah ramai orang sejak 3 tahun yang lalu ini.

Selain Ummi Nazeera, Fara Fauzara, Wardina, Mizz Nina dan ramai lagi selebriti yang akan turun padang untuk berkongsi kisah mereka. Insya Allah ada manfaatnya untuk kita semua. Jom ramai-ramai kita sertai program The Bidadari 2014 ini. Abang Nara pun akan turun sama sekiranya ada kelapangan. Jumpa anda di sana nanti.

April 1st, 2014

Walaupun telah menamatkan pengajiannya di Australia dan pulang ke Malaysia baru-baru ini, sehingga ke hari ini tiada perkembangan terkini mengenai pelakon berbakat ini di dada-dada akhbar. Banyak persoalan yang bermain di minda para peminat Ummi Nazeera. Adakah Ummi sudah bersara sepenuhnya dari bidang lakonan? Adakah Ummi Nazeera tidak akan lagi muncul di kaca TV dan filem?

ummi nazeera

Sekiranya anda mengikuti akaun Instagram Ummi Nazeera, pastinya anda mengetahui yang Ummi sekarang sibuk mengikuti aktiviti berkonsepkan dakwah seperti World Hijab Day dan ceramah-ceramah agama. Hanya baru-baru ini Ummi membuat kemunculan umum apabila menemani ibunya di mahkamah atas tuduhan memalsukan sijil pernikahan. Kesucian dan kemulusan wajah Ummi Nazeera ternyata memukau mata yang memandang.

ummi nazeera

Diharap suatu hari nanti Ummi Nazeera akan sudi untuk berkongsi perancangan masa depannya dengan media tempatan. Sama-samalah kita nantikan. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera
ummi nazeera