March 9th, 2009


~Video telah dipadam~

Sungguh tak sangka Tomok New Boyz mampu menggegarkan pentas One In A Million dengan nyanyian bertenaga lagu Beyonce, Crazy In Love. Kalau dulu habis leleh dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang bersama New Boyz, kini Tomok bukan Tomok yang dulu lagi.

Lincah, bertenaga dan padu. Tengok ajer video Tomok menyanyikan lagu Crazy In Love untuk OIAM sampai habis dan dengarkan lontaran pujian dari juri-juri OIAM untuk Tomok. Tomok memang sudah berubah 100%. Go Tomok Go.

P.S: Makin hensem pulak Tomok nie bila tengok betul-betul. Hehehe. Single lagi tak dia?

February 24th, 2009

Macam tak percaya pun ada jugak bila kami mendengar suara Tomok yang terbaru ini. Ke manakah menghilang kesengauan yang menjadi trademark Tomok New Boyz selama ini? Mantap jugak bila dia nyanyi lagu Cuba dari Faizal Tahir untuk One In A Million dalam video nie.

Lepas ini tak ada lagilah acara membaling telur(seperti yang pernah berlaku semasa zaman Tomok buat show dulu)kepada Tomok lagi sebab dia dah tak sengau. Go Tomok Go !!! You can do it. Best of luck from all of us here at BeautifulNara.com.

[note]Kalau Encik Tomok sudi kongsilah rahsia hilangkan sengau tue dengan kami. Suara kitaorang pun sengau jugak bila tarik lagu tinggi-tinggi time tengah karaoke. Lagi-lagi kalau nyanyi lagu New Boyz.[/note]