May 29th, 2012

Jutaan tahniah diucapkan kepada Tomok dan isterinya, Ayu telah yang kini telah pun bergelar ayah dan ibu dengan kelahiran bayi lelaki mereka. Bayi yang masih belum diumumkan namanya ini dilahirkan dengan berat 3.33kg pada kira-kira jam 6.30 petang tadi.

gambar anak tomok dan ayu

Gambar di atas telah dikongsi oleh Tomok menerusi Twitternya di @Tomok_NB_Oiam. Abang Nara ucapkan tahniah atas kelahiran bayi sulung ini. Selamat menempuh alam ibu bapa dan semoga anak Tomok dan Ayu akan sihat sejahtera sehingga dewasa kelak.

P.S: Maru, si kucing comel sambut ulang tahun ke 5

Advertisement
March 20th, 2012

Diam tak diam, sudah 7 bulan rupanya usia kandungan isteri Tomok iaitu Ayu. Baru-baru ini, pasangan ini telah bercuti ke Singapura dan kelihatan gembira sekali. Terserlah seri ibu mengandung pada diri Ayu.

Ditampilkan gambar-gambar pasangan ini di sana untuk tatapan anda. Lagi dua bulan saja, Tomok akan bergelar bapa. Lagi 2 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement
January 17th, 2011

ayu, bakal isteri tomok

Mengikut firasat kami yang tak seberapa ini, memang 99% betul bahawa awek di atas adalah bakal isteri Tomok yang diberi nama Ayu (sila nyanyi lagu AYU dari kumpulan V.E sekarang). Dengar khabarnya, Ayu dan Tomok sudah bercinta sejak 5 tahun lepas. Kira dari zaman New Boyz dulu lagi. Respek kami sebab hubungan mereka akhirnya bakal ke jinjang pelamin jugak.

Untuk confirmation sama ada benar atau tak benar gadis di atas adalah bakal isteri Tomok, sila tanya Tomok di Twitternya. Hujankan jutaan soalan kepada Tomok agar dia menjawap persoalan ini. Apa pun, tahniah kepada Tomok yang bakal menjadi seorang suami bulan Julai ini.

P.S: Sori ek dengan penggunaan Chikaro sebelum ini. Abang Nara ingatkan makna chikaro tue awek. Sori sangat-sangat.

Advertisement
March 16th, 2009


~Video telah dipadam~

Penyanyi lelaki pujaan kami di BeautifulNara kali ini tak lain tak bukan ialah Tomok. Sejak menjadi peserta di One In A Million(OIAM), persembahan mingguan Tomok makin mantap.  Tengok video Tomok OIAM di atas dan kagumilah dia.

Kali ini dengan selambanya Tomok nyanyi lagu La La Kerjalah Meet Uncle Hussain dengan versinya yang tersendiri. Mesti Lan MUH teruja tengok kehebatan Tomok.

Tak sabarnya nak tunggu persembahan Tomok OIAM musim ke 3 Sabtu depan. Go Tomok Go.

Advertisement