Written by AbangNara | May 29th, 2013

Jutaan tahniah diucapkan buat Yasmin Hani dan suami, Shaarin atas berita gembira ini. Yasmin Hani menerusi Instagramnya semalam telah pun berkongsi berita kehamilannya. Untuk makluman, kandungan Yasmin kini telah pun memasuki 16 minggu.

yasmin hani mengandung

Yasmin dan Shaarin telah berkahwin sekitar bulan Oktober 2011. Gambar di atas telah diupload menerusi Instagram beserta dengan penerangan di bawah:-

Hello everyone!! Today is a special day coz we decided its time to share this great news with all of u. Syukur Alhamdulillah we r blessed as we will be welcoming a new member to our family!! I am now 16 weeks! (Picture was taken way before) Please doakan yg baik2 utk bakal baby yg akan lahir dan kami juga, amin. Much love from us @shaarin n me! ?????????????? #haniandshaarin #family #love #happy #news #baby #pregnant #yasminhani #shaarin

yasmin

Tahniah diucapkan sekali lagi atas berita gembira ini. Semoga kandungan Yasmin akan terus kekal sihat sehingga hari kelahiran kelak. Sama-samalah kita doakan. Amin ~~

Written by AbangNara | August 3rd, 2012

Lama rasanya tak melihat kelibat Yasmin Hani. Setelah bergelar isteri, Yasmin Hani nampaknya telah mengurangkan aktiviti seninya. Besar kemungkinan Yasmin mahu menumpukan perhatian melayari bahtera rumah tangga. Satu langkah yang bijak di mata Abang Nara.

gambar yasmin hani comel

Nampaknya wajah Yasmin Hani masih still maintain awet muda. Tak berubah daripada zaman mengacara program Astro beberapa tahun dahulu. Agak-agaknya, apa rahsia Yasmin Hani ye? Lagi 4 gambar Yasmin Hani semasa majlis berbuka puasa anjuran Astro dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto sepenuhnya kepada Ryaniez Moments Photography.

 
Written by AbangNara | November 11th, 2009

malaysia international fashion week

Mak aih comel gile Diana Danielle masa Malaysia International Fashion Week (MIFW). Cute tahap Hagemaru dah nie. Fasha Sandha pun apa kurangnya gak. Terserlah keayuan ngan baju berwarna putih. Senyuman pun manis gitu. Boleh cair gak dibuatnya kalau tenung lama-lama gambar diorang nie. Tak gitu?

Ramai jugak artis-artis wanita popular Malaysia macam Anita Sarawak, Dynas, Yasmin Hani dan ramai lagilah yang join buat catwalk kat MIFW nie. Dari pemerhatian kami yang jahil fesyen nie, mantap-mantap gak rekaan designer-designer Malaysia nie. Menyerlah kecantikan, keayuan dan kemanisan artis-artis kita. Tahniah kepada pereka-pereka baju untuk MIFW.

Lagi gambar-gambar artis wanita Malaysia semasa MIFW dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Gambar kredit kepada Facebook Sam Kassim.

 
Written by AbangNara | July 1st, 2009

yasmin hani baru

Yeah. Berita baik kepada lelaki-lelaki di luar sana. Yasmin Hani dah buat pengakuan yang dia tak jadi kawin tahun nie. Dan yang pastinya dia dah clash ngan pakwe dia. si Don tue. Kitorang dulu ada kongsi gambar Yasmin Hani berparti bersama Don. Sila baca jika anda belum baca.

Bile tengok gambar terbaru Yasmin Hani kat atas tue, sapa sangka umur dia sekarang dah 30 tahun. Muka nampak muda. Dan yang penting tak nampak dicucuk ngan botox macam sesetengah artis. Comel pun comel jugak. Jadi buat lelaki-lelaki di luar sana, silalah hantar resume anda untuk try jadi pakwe Yasmin.

Kriteria lelaki pilihan Yasmin Hani adalah seperti berikut:-

[note]Saya tidak memandang paras rupa. Asalkan dia boleh menghormati saya, berdikari dan matang, itu semua antara kriteria yang memadai buat saya.[/note]

Mudah kan? Silalah try kalau anda berani. Ada satu lagi gambar terbaru Yasmin Hani dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Putih jugak gigi si Yasmin nie.