Written by AbangNara | July 31st, 2017

Sama cantik sama padan. Bak pinang dibelah dua sungguh pasangan pengantin baru Siti Saleha dan Ahmad Lutfi ini. Suka Abang Nara tengok mereka berdua. Jelas terbayang kegembiraan dan kebahagiaan di wajah mereka selepas selamat diijabkabulkan. Semoga perkahwinan ini akan berkekalan ke akhir hayat.

siti saleha ahmad lutfi

Lagi beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan Siti Saleha dan Ahmad Lutfi dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit Instagram @_thev.

 
Written by AbangNara | July 15th, 2016

Siti Saleha sebelum ini telah pun mendedahkan kekasih barunya adalah seorang lelaki Melayu. Ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka yang telah berjaya mencuri hati gadis jelita ini. Namun identiti lelaki tersebut sehingga ke hari ini masih menjadi rahsia. Akan tetapi, baru-baru ini, dilihat Siti Saleha telah memuatnaik gambarnya dengan seorang lelaki yang tak kurang kacak dengan caption berbaur mabuk cinta. Mungkinkah ini kekasih baru Siti Saleha?

kekasih hati siti saleha

Dengan caption “Hyde Park with Love (bentuk hati)”, Abang Nara percaya ramai jejaka di luar yang luluh hatinya sekiranya benar lelaki ini adalah kekasih baru Siti Saleha. Tapi kedua-duanya memang nampak sama cantik dan sama padan. Jika benar mereka bercinta, semoga ia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Apa pun, kalau tak silap, Siti Saleha kini berada di Mexico untuk meraikan perkahwinan kawannya di sana.

kekasih hati siti saleha

Apa kata anda? Adakah anda antara jejaka yang sedang meraung mengenang nasib tidak dapat mengorat Siti Saleha? Hehehe.

Written by AbangNara | September 6th, 2012

Kalau disuruh buat pilihan antara Juliana Evans dan Siti Saleha, Abang Nara pasti akan termenung lama untuk membuat keputusan. Kedua-duanya memang cantik, hot dan gorgeous sesangat. Beruntunglah sesiapa yang bakal memiliki hati mereka berdua.

juliana evans dan siti saleha

Jangan lupa dapatkan majalah EH! keluaran September 2012 untuk membaca tentang Juliana Evans dan Siti Saleha. Agak menarik topik “Hentikan Melabel Selebriti” yang terpampang di kulit depan majalah ini. Agak-agaknya apa yang dibincangkan oleh mereka berdua?

Written by AbangNara | August 15th, 2012

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Siti Saleha bersama Palmolive. Hehehe. Rezeki di bulan Ramadhan nampaknya mencurah-curah buat Siti Saleha yang dilantik menjadi duta Palmolive baru-baru ini. Pemilihan ini sangat tepat di mata Abang Nara kerana imej Siti Saleha yang bersih, cantik dan mempunyai pesonanya yang tersendiri.

palmolive siti saleha

Jutaan tahniah kepada Siti Saleha atas perlantikan ini. Semoga selepas ini akan dimurahkan lagi rezeki. 7 lagi gambar sekitar perlantikan Siti Saleha sebagai duta Palmolive dengan membaca entri ini sepenuhnya.