Written by AbangNara | September 15th, 2014

13 September lalu, Shila Amzah telah mengadakan sebuah konsert sulungnya di Malaysia. Menariknya menerusi akaun Instagramnya, Shila Amzah dilihat telah menempelak media Melayu yang tidak memberi liputan untuk konsertnya itu. Ternyata tindakan Shila yang kelihatan seperti mengagungkan media China dan merendahkan media Melayu telah menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
shila amzahBerkongsi gambar liputan yang diberikan oleh media China dan satu liputan oleh Berita Harian seperti gambar di atas, pihak Shila Amzah telah menulis (namun sekarang caption di bawah telah ditukar kepada “Thanks MEDIA” sahaja):-
shila amzahSusulan kata-kata penuh sindiran tajam ini, portal-portal popular seperti GUA dan Murai telah menasihatkan agar penyanyi tersebut lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataannya. Malah ramai yang mengingatkan tentang sokongan yang telah diberikan sejak zaman awal kemunculan Shila. Menariknya, media Melayu yang tidak membuat liputan memaklumkan yang mereka tidak mendapat sebarang jemputan ke konsert tersebut. Hmmm. Kalau tak tengok macam mana nak cerita kan?
shila amzah

Hmmmmmm. Banyak pihak yang membuat anggapan bahawa Shila sudah seperti kacang lupakan kulit selepas mendapat kejayaan di negara China. Apa kata anda? Wajarkah media Melayu dipersalahkan dalam hal ini? Atau memang benar kata-kata Shila Amzah ini? Sila berikan pendapat di ruangan komen.

Written by AbangNara | June 21st, 2013

Baru-baru ini, Shila Amzah telah berkongsi sebuah gambar yang menunjukkan dirinya sedang bersiap-siap untuk ke gimnasium. Perkongsian tersebut telah menimbulkan kontroversi kerana gambar tersebut jelas menunjukkan bahagian badannya disaluti dengan baju ketat.

shila amzh

Berkata kepada Mstar Online, Shila Amzah memberitahu yang dia tidak menyedari gambar tersebut begitu sensitif sehingga menjadi bualan ramai. Kata Shila:-

Saya tidak sedar dan tidak terfikir langsung perkara tersebut boleh jadi isu kerana tujuan sebenar saya berbuat demikian adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan peminat yang saya memiliki pakaian yang sesuai untuk ke gim.

Setelah memuat naik gambar itu, saya terus tinggalkan telefon bimbit di rumah dan sejam selepas itu saya lihat ibu dan ayah hantar mesej meminta saya menghapuskan gambar tersebut dengan segera. Ketika itu baru saya tersedar ia sensitif.

Mungkin kerana itu saya tidak menyangka ia boleh dijadikan isu kerana saya faham cara berfikir kita berbeza, saya fikir lain orang lain pula nampak lain

shila amzah

Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua. Abang Nara pasti Shila pun sudah belajar daripada kontroversi ini. Di masa hadapan, kenalah lebih berhati-hati. Shila Amzah seorang selebriti dan setiap perbuatannya pasti akan menjadi ikutan dan perhatian orang ramai. Tak gitu?

P.S: Instagram perkenal fungsi perkongsian video

Written by AbangNara | March 22nd, 2013

Ketika ini, Shila Amzah dan ahli keluarganya sedang berada di Mekah untuk menunaikan umrah. Sambil-sambil mengerjakan ibadah, dapatlah Shila dan keluarga meluangkan masa bersama-sama. Semoga hubungan kekeluargaan mereka akan bertambah erat selepas ini.

shila amzah umrah

Shila Amzah dan keluarga telah berada di Mekah sejak 12 Mac yang lalu. Lagi 8 keping gambar Shila Amzah dan keluarga menunaikan umrah dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | March 1st, 2013

Ok serius Abang Nara rasa nak gelak pun ada (sebenarnya dah gelak dah pun). Inilah harga yang perlu dibayar apabila anda menjadi seorang selebriti lebih-lebih lagi bila pilihanraya semakin dekat. Kesian kat Shila Amzah yang gambar minum Milo kotak pun telah dipolitikkan oleh di dalam sebuah blog.

shila milo

Antara petikan tulisan di dalam blog tersebut ialah:-

Pergh!!!! Rupa-rupa penyanyi Shila Amzah anak gadis N.D Lala dalam senyap-senyap kutuk kaw-kaw produk ada tempelan dan jenama 1M’sia. Kutukan itu secara tidak langsung memperlekeh dan pandang rendah slogan 1M’sia yang menjadi teriakkan dan kemegahan Najib Razak. N.D Lala diketahui umum sebagai penyokong tegar UMNO tapi anak gadisnya pula dilihat semacam tidak berkenan dengan UMNO. Petanda buruk untuk masa depan UMNO dan petanda baik untuk Pakatan Rakyat. Jika diambil kisah ini sebagai kayu ukur sokongan anak-anak muda, sudah jelas majoriti dari mereka menyokong padu Pakatan Rakyat. Tidak boleh dinafikan.

shila miloSeperti yang anda baca di atas, Shila Amzah telah memaklumkan yang perkara tersebut adalah fitnah semata-mata. Nampak jelas memang ada pihak yang cuba mengambil kesempatan. Abang Nara tak sangka gambar minum Milo pun boleh dijadikan sumber. Nampaknya artis kalau nak minum air suam pun kena berhati-hati selepas ini. Hehehe.

P.S: 14 billionaire Malaysia berdasarkan Forbes