September 4th, 2014

Ya jika anda terlepas pandang atau kurang mengikuti perkembangan bekas suami isteri ini, meh sini Abang Nara ceritakan kembali. Selain daripada tuntutan RM5,392 sebulan untuk anak-anak hasil perkongsian perkahwinan mereka dahulu, Rita Rudaini turut sama telah menuntut RM300,000 daripada Aidil Zafuan sebagai tuntutan muta’ah. Tuntutan nafkah untuk anak-anak telah tertunggak sebanyak RM150,000 menjadikan jumlah tuntutan yang dilakukan oleh Rita kepada bekas suaminya itu adalah sebanyak RM450,000. Banyak bukan?

rita rudaini

Namun Rita Rudaini percaya bekas suaminya itu mampu membayar jumlah tuntutan yang hampir mencecah setengah juta ini. Menurut Rita, suaminya bergaji mahal dan berdasarkan cara hidup mewah yang dipamerkan oleh bekas suaminya itu di laman sosial, tuntutan itu tidak akan menjadi sebarang masalah untuk dipenuhi. Kata Rita:-

Saya percaya bekas suami mampu untuk membayar semua tuntutan berkenaan kerana gajinya yang mahal dan cara hidupnya yang mewah juga dapat dilihat menerusi gambaryang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Jumlah tuntutan mutaah dan nafkan tertunggak mencecah setengah juta ringgit ini difailkan selepas saya berbincang lanjut dengan peguam.

Bagaimanapun jumlah ini tidak termasuk dengan tuntutan nafkan sebanyak RM5,392 sebulan dan untuk nafkah edah yang masih dalam perbincangan dengan peguam lagi.

rita dan aidil

Fuh~~ Kalau Abang Nara kena bayar RM500,000 memang boleh ketar lutut dibuatnya. Namun Abang Nara respek kepada Rita kerana berani untuk membuat tuntutan sebegini. Memang ini adalah perjuangan untuk menjaga maruah seorang wanita. Semoga pihak yang benar akan beroleh kemenangan. Sama-samalah kita doakan. Sumber Harian Metro.

February 27th, 2013

Nampaknya Aidil dan Rita masih saling berbalas-balas kenyataan mengenai masalah yang melanda rumahtangga mereka. Semalam Aidil mempersoalkan rasa sayang isterinya apabila sering diaibkan oleh Rita menerusi media. Sebentar tadi, Rita membalas kenyataan tersebut menerusi portal Murai.

rita rudaini dan aidil

Menurut Rita, dia sudah pun menjaga tingkah lakunya sebagai seorang perempuan, ibu dan isteri. Kata Rita:-

Dulu ketika mula Aidil tidak pulang ke rumah, bukan saya yang pergi bercerita kepada media tentang perkara itu. Tetapi orang yang melihatnya sendiri setelah menyedari hanya saya yang saja yang sentiasa beada bersama anak-anak, sudah tentu ianya menimbulkan persoalan dan akhirnya soalan tersebut pasti akan diajukan kepada saya. Kalau dia kata saya aibkan dia, daripada segi apa? Saya sudah pun menjaga tingkah laku saya sebagai perempuan, ibu dan isteri. Sebelum ini, dia yang banyak dikaitkan dengan beberapa orang wanita lain Kalau tidak benar, kenapa nama dia banyak dipetik dan bukannya saya? Malah orang di luar sana yang sering datang menyampaikan khabar kepada saya tentang kononnya mereka ternampak Aidil keluar dengan perempuan lain. Pada saya pula, apa gosip yang berlaku selepas krisis rumahtangga kami, itu adalah urusan Aidil dengan Allah SWT.

rita dan aidilSeolah-olah tiada kesudahan yang akan dicapai antara mereka berdua ini. Hanya Allah sahaja yang tahu siapa di pihak yang benar dan siapa di pihak yang salah. Selaku pemerhati, janganlah kita melabel mana-mana pihak sesuka hati kita. Biarlah pihak mahkamah yang membuat keputusan terlebih dahulu. Semoga mereka berdua akan berdamai jua satu hari nanti.
bedak arab kokuryuP.S: Harga promosi untuk Bedak Arab Kokuryu. Hanya RM50 termasuk penghantaran. Klik sini untuk membuat tempahan atau hantar email ke [email protected] untuk sebarang pertanyaan.