Written by AbangNara | April 15th, 2012

Di kala Abang Nara sibuk menguruskan majlis aqiqah anak kesayangan, Natasha Hudson telah pun sah bergelar isteri kepada Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal kira-kira jam 11.55 pagi dengan hanya sekali lafaz. Majlis pernikahan telah pun berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

gambar perkahwinan natasha hudson

Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima. Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin. Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Natasha Hudson dan Carleed atas pernikahan ini. Semoga perkahwinan Natasha kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Nanti esok Abang Nara uploadkan gambar sekitar majlis pernikahan mereka berdua. Kredit berita Mstar.