Written by AbangNara | December 16th, 2013

Ramai betul yang menghantar email kepada Abang Nara meminta diletakkan gambar resepsi perkahwinan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri. Maafkan Abang Nara kerana terlewat. Yang pasti, memang cantik, menarik dan mempersona sungguh majlis resepsi mereka berdua. Awesome sangat-sangat!!!
gambar majlis resepsi perkahwinan jovian ninaUntuk makluman anda, majlis mereka telah berlangsung selama 3 hari bermula dari Jumaat sehingga Ahad. Selain daripada resepsi, Jovian dan Nina turut mengadakan “Chinese Tea Ceremony“. Cute sangat apabila melihat mereka berdua dalam pakaian tradisional bangsa Cina.
gambar majlis resepsi perkahwinan jovian nina

Persalinan pengantin yang dipakai oleh Nina dan Jovian ketika majlis resepsi mereka memang amat mencuri perhatian. Selain daripada baju tradisional Jawa, mereka juga turut mengenakan pakaian moden. Memang smart dan cantik sangat-sangat.

gambar majlis resepsi perkahwinan jovian nina

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri atas majlis perkahwinan anda berdua. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Lagi 67 gambar sekitar majlis resepsi pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar PrettyPeektures.

P.S: Melaka perkenal bas eletrik Januari 2014

 
Written by AbangNara | December 12th, 2013

Secara peribadi, Abang Nara menggemari perhiasan yang digunakan di dalam majlis pernikahan Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri ini. Simple, warna yang menenangkan mata dan nampak sangat elegan. Memang sesuai dengan Jovian yang merupakan seorang pereka fesyen tersohor Malaysia dengan rekaan-rekaannya yang sering mencuri perhatian orang ramai.

jovian mandagie nikah

Menerusi akaun Instagramnya, Jovian Mandagie turut sama berkongsi detik-detik dirinya melafazkan akad nikah untuk menjadikan Nina sebagai isterinya yang sah. Penuh ketenangan, kemachoan dan kecoolan. Sekali lafaz sahaja semuanya sudah setel.

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Jovian dan Nina dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada PrettyPeektures.