Written by Bella | November 17th, 2017

Semalam, video Izara Aishah dan Adib Khalid yang dikatakan menerima hadiah kereta mewah Rolls Royce daripada abang iparnya, Anas viral di media sosial. Netizen memuji betapa bertuahnya Izara.

Namun, menurut Adib, kereta  bernilai jutaan ringgit tersebut bukanlah hadiah buat mereka berdua tetapi akan digunakan sebagai kenderaan rasmi sepanjang majlis perkahwinan mereka.

Abang saya, Anas, memang terbabit dengan perniagaan kereta mewah dan kebetulan, Rolls-Royce adalah antara jenama yang dijual mereka. Justeru untuk tujuan promosi, syarikatnya menaja kenderaan berkenaan untuk kami gunakan sepanjang majlis perkahwinan ini berlangsung.

Dalam pada itu, Adib yang bakal bergelar suami hari ini berkata beliau belum merasa gementar lagi dan berharap majlis pernikahan beliau berjalan dengan lancar.

Buat masa ini saya masih lagi okay. Saya ada jugalah berlatih cara hendak melafazkan akad nikah. Harapan saya, biarlah majlis itu berjalan lancar seperti yang dirancang.

Kami mendoakan agar majlis pernikahan Adib dan Izara hari ini akan berjalan lancar dan diberkati apatah lagi ia diadakan di hari Jumaat yang mulia ini. InshaAllah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | November 16th, 2017

Bakal bernikah dengan Adib Khalid tidak lama lagi, pelakon Izara Aishah nampaknya cukup bertuah kerana menerima hadiah sebuah kereta Rolls Royce dari bakal abang iparnya, Anas.

Menerusi video yang viral di Facebook, Izara kelihatan cukup teruja dan tidak menyangka akan menerima hadiah kereta mewah tersebut, siap dengan “driver” lagi. Adib juga terkejut melihat hadiah yang diberikan oleh abangnya itu.

Siapa yang tidak terkejut apabila menerima hadiah mewah bersempena perkahwinan yang bakal diadakan? Beruntung Izara kerana disayangi oleh keluarga bakal mertuanya.  Tak sabar kami ingin melihat Izara dan Adib naik pelamin, seorang cantik seorang lagi kacak.

Written by Bella | November 3rd, 2017

Tidak lama sahaja lagi pelakon jelita Izara Aishah bakal bergelar isteri kepada anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid. Hari ini, foto kad jemputan perkahwinan mereka mula tersebar di laman sosial.

Berdasarkan maklumat yang ditulis di kad tersebut, majlis pernikahan Izara dan Adib yang sebelum ini dikatakan bakal diadakan pada 17 November telah ditukar tarikhnya ke 19 November bertempat di Grand Ballroom Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Apa-apa pun, kami berharap agar segala perancangan untuk majlis perkahwinan Izara dan Adib berjalan dengan lancar dan diberkati. Selamat melayari alam rumah tangga dan berbahagia sebagai suami isteri nanti. Pasti ramai yang tidak sabar melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersanding di atas pelamin.

Written by AbangNara | October 11th, 2017

Telah pun bertunang pada bulan Julai yang lalu, Adib Khalid dan Izara Aisha akhirnya bakal bernikah pada 17 November ini. Pengumuman tarikh penuh bermakna ini telah pun disahkan oleh Adib Khalid. Majlis akad nikah tersebut akan diadakan di dalam satu majlis tertutup dengan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terapat sahaja. Tahniah diucapkan!!!

adib khalid

Manakala majlis resepsi sebelah pengantin lelaki akan diadakan 2 hari selepas majlis pernikahan selesai. Kata Adib Khalid:-

Pada masa ini, segala persiapan sedang giat kami lakukan dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Doakan majlis kami berjalan sempurna seperti mana yang kami rancangkan

adib khalid

Tak sabar rasanya mahu melihat pasangan merpati dua sejoli ini bersanding di atas pelamin. Pasti sama cantik dan sama padan. Semoga segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan. Sumber Utusan Online.