Written by Bella | March 15th, 2015

Setelah ditimpa pelbagai kontroversi dan gosip, Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha telah selamat diijabkabulkan semalam. Buat Romie perkahwinan mereka adalah lambang bahawa beliau sangat mencintai Hanez dan ingin membimbing isterinya itu ke arah yang lebih baik selepas ini.

Selepas apa yang kami berdua lalui, Alhamdulillah ia berakhir dengan ikatan yang sah dan berharap tiada apa lagi akan dibangkitkan selepas ini.

Pernikahan ini adalah bukti saya cintakan Hanez dan mahu menjadi seorang suami yang baik dan membimbingnya ke arah kebaikkan selepas ini.

Romie yang merupakan duda beranak dua merasa terharu dengan Hanez yang mampu untuk menerima anak-anaknya dengan baik kerana tidak semua wanita saggup memikul tanggungjawab yang agak besar.

Baharu sahaja kahwin, Hanez sudah ada dua anak dan bukan semua wanita sanggup untuk terima tanggungjawab itu.

Tetapi dia cekal dan kuat untuk berhadapan dengan segala cabaran yang dlalui sebelum ini dan doa saya jodoh kami akan berkekalan selama-lamanya.

Hanez Suraya telah sah menjadi isteri Romie pada jam 11.25 pagi Sabtu di Masjid Putra,Putrajaya hanya dengan sekali lafaz. Aktres tersebut telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.

Perkara yang lalu usah dikenang, sudah ternyata jodoh milik kalian. Apabila sudah menjadi pasangan suami isteri, kedua-duanya harus memperbaiki diri masing-masing ke arah yang lebih baik secara perlahan. Tanggungjawab harus diutamakan sebelum ingin berseronok.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Written by Bella | March 14th, 2015

Hanez Suraya yang sebelum ini pernah menghadapi gosip serta cacian orang ramai kerana hubungan cinta bersama kekasihnya Romie Razin Adilha, akhirnya telah sah menjadi pasangan suami isteri pada jam 11.25 pagi tadi di Masjid Putra, Putrajaya hanya dengan sekali lafaz. Hanez telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.

Pihak perempuan menerima  tujuh dulang hantaran merupakan Al-Quran, rantai, set wangian dan alat solek, beg tangan, kasut, tepak sirih, mas kahwin dan wang hantaran.

Pihak lelaki pula telah dibalas dengan sembilan dulang hantaran antaranya Al-Quran, sejadah, buah-buahan, set wangian,tali pinggang,kek, baju dan seluar, beg , sepasang kasut dan sirih junjung.

Majlis pernikahan tersebut telah dihadiri oleh 200 orang tetamu terdiri daripada ahli keluarga pasangan pengantin dan juga beberapa wakil media. Hanez dan Romie telah dinikahkan oleh bapa aktres itu sendiri  Encik Abdul Aziz Mohd Said di hadapan Imam Besar Masjid Putra, Abd Manaf Mat.

Majlis resepsi  pasangan pengantin baru ini bakal diadakan di kediaman pihak perempuan yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Hanez Suraya dan Romie pernah mencetuskan kontroversi apabila Hanez didakwa sebagai punca rumah tangga kekasihnya bersama bekas isteri Liyana Manan roboh di tengah jalan.

Mungkin mereka pernah menjadi bualan hangat ramai dan penuh dengan gosip panas, tetapi sudah tertulis jodoh mereka berdua untuk bersama. Doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka dan usah lagi mengungkit perkara yang lalu. Tahniah diucapkan kepada Hanez Suraya dan Romie  semoga berbahagia sehingga hujung nyawa.

Sumber Berita: mStar Online

 

Written by AbangNara | March 13th, 2015

Pejam celik pejam celik, esok 14 Mac adalah tarikh pernikahan Hanez Suraya dan juga Romie Razil Adilha. Cepat sungguh masa berlalu. Pastinya orang yang paling berdebar-debar menunggu ketibaan saat bahagia tersebut adalah Hanez Suraya sendiri. Mereka berdua bakal diijabkabulkan di Masjid Putra, Putrajaya. Tak sampai lagi 24 jam, gelaran seorang isteri akan menjadi milik Hanez Suraya.

gambar nikah hanez suraya

Apa yang penting, segala persiapan untuk hari esok sudah pun siap sepenuhnya. Pasti meriah majlis yang akan berlangsung. Semoga segalanya berjalan lancar buat Hanez dan Romie. Gementar itu perkara biasa. Semoga debaran itu akan berakhir apabila Romie menyebut lafaz akad nikah. Kata Hanez.

Alhamdulillah, semua persiapan sudah siap untuk majlis pernikahan esok. Jujurnya, perasaan saya kini bercambur baur. Rasa gementar itu makin terasa sejak seminggu lalu. Gementar kerana bakal menggalas tanggungjawab baru sebagai suami dan berkongsi kasih dengan anak-anak Romie.

Memandangkan sebelum ini saya melalui pelbagai dugaan, esok bakal merubah segalanya. Pastinya ia satu lagi perasaan yang ingin saya tunjukkan kepada orang di mana saya juga berhak merasai kebahagiaan itu.

gambar nikah hanez suraya

Selamat pengantin baru diucapkan buat Hanez dan Romie. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Tahniah atas perkahwinan anda. Sumber MediaHiburan.