Written by serenity | November 11th, 2012

Pastinya ada yang masih belum puas membelek gambar-gambar perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo pada 10 November. Untuk itu, kami di BeautifulNara.com kongsikan untuk tatapan anda 98 gambar perkahwinan mereka. Nampak sungguh ceria kedua mempelai di hari perkahwinan mereka yang dinantikan dengan sabar sebelum ini, setelah bercinta hampir 11 tahun.


Photobucket

Pastinya penyatuan ini boleh menghasilkan legasi pemain badminton terbaik di masa akan datang memandangkan keduanya ialah pemain terbaik negara dalam kategori masing-masing (sebelum persaraan Wong Mew Choo). Kesemua gambar boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto Anovia Bridal Penang.

 
Written by AbangNara | October 10th, 2012

Setelah membanggakan negara dengan mengutip pingat perak di Olimpik 2012, Datuk Lee Chong Wei kini bakal bergelar suami kepada Wong Mew Choo. Tarikh perkahwinan beliau masih belum diketahui namun persediaan untuk hari istimewa ini sedang giat dijalankan.

gambar kahwin datuk lee chong wei

Untuk makluman, Datuk Lee Chong Wei telah pun menarik diri daripada pertandingan Terbuka Perancis. Daripada ura-ura yang didengar, penarikan ini adalah kerana tarikh perkahwinan beliau yang terlalu hampir dengan pertandingan tersebut. Perkahwinan di tepi pantai ini bakal dilangsungkan di Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa di Sepang GoldCoast.

gambar kahwin datuk lee chong wei

Jutaan tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo atas berita gembira ini. Semua rakyat Malaysia berbangga dan mengharapkan agar perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

P.S: Anak harimau comel yang pandai berenang.