July 7th, 2012

Sebentar tadi, Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tahun telah pun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan hanya sekali lafaz. Ella telah menerima wang hantaran sebanyak RM50,300 beserta tujuh dulang hantaran. Sebelum pernikahan, mereka berdua telah ditunangkan terlebih dahulu.

gambar pernikahan ella
Majlis pernikahan telah pun berlangsung di rumah keluarga Ella di Teluk Gadong, Klang. Seramai 300 tetamu telah pun dijemput ke majlis serba sederhana ini. Ella dan Azhar nampak sama cantik sama padan dengan pakaian rekaan Saiful Baharim. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Ella yang kini sudah pun bergelar isteri orang.

March 6th, 2012

Abang Nara suka Ella. Suara dia memang rock. Perwatakan pun manja-manja kucing. Kadang-kadang Abang Nara pelik kenapa Ella tak kawin-kawin. Takkanlah tak ada lelaki yang berjaya memikat hati Ella. Itu tidak logik sama sekali kan?

ella kahwin

Namun kemungkinan besar Ella bakal menamatkan zaman daranya tidak lama lagi. Ini kerana Ella dilihat menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac iaitu Sabtu dan Ahad yang lalu. Dengar-dengar calon suami Ella ialah seorang jejaka yang diberi nama “A”. “A” apa Abang Nara tak tahu. Jangan Along Bukit Beruntung sudah la ye.

Apa pun Abang Nara doakan agar Ella ketemu jodohnya pada tahun ini juga. Sama-samalah kita doakan.

P.S: 28 saat je selesaikan kiub rubik. Tutup mata lagi tue.